Friday, June 26, 2015

Bagus jugak cadangan Shahidan Kassim pasal kedai mamak ni..


Kata Shahidan antara cadangan yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) minggu depan sebagai langkah membendung gejala sosial ialah Kedai makan tidak boleh beroperasi selepas jam 12 malam.

Entah survey manalah yang dia pakai yang mengatakan kedai makan yang beroperasi 24 jam itu adalah penyumbang gejala sosial.

Tapi dari segi politik bagus jugak cadangan Shahidan Kassim ni pasal ianya akan menyusahkan penyokong-penyokong UMNO tegar tu yang merupakan pemilik-pemilik premis kedai makan tu..

KUALA LUMPUR - Kedai makan tidak boleh beroperasi selepas jam 12 malam sebagai langkah membendung gejala sosial adalah antara cadangan yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) minggu depan. 
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, cadangan itu, termasuk mengehadkan waktu operasi pusat hiburan, akan turut diambil perhatian pihak berwajib dalam menangani gejala sosial yang semakin meruncing ketika ini. 
"Kita ambil maklum negara maju menetapkan beberapa perkara berkaitan aktiviti malam; pastikan umur 18 tahun ke bawah tidak boleh keluar selepas jam 11 malam. 
"Kedai makan pula dihadkan masa tertentu seperti hanya boleh beroperasi sehingga jam 12 malam. Atau jangan bertolak ansur dengan pusat hiburan yang beroperasi lebih masa atau diambil tindakan," katanya. 
Beliau berkata keadaan itu berlainan di sini kerana kehadiran banyak pihak yang memerlukan industri ini, pelancong, pendatang asing tanpa izin dan sebagainya. 
"Oleh kerana kelonggaran tersebut, ia menyumbang kepada masalah sosial," katanya. 
Shahidan berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki yang ingin tahu pelan tindakan kerajaan dalam menangani gejala sosial ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini. 
Jelasnya, lantaran itu, satu 'Nota Serius' dalam bentuk kertas kerja akan dihantar ke mesyuarat itu bagi mencari titik kebersamaan pihak-pihak berwajib. 
"Ini memerlukan kerjasama Kementerian Pelancongan, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan lain-lain lagi. Ini perlu dibincang bersama-sama," katanya.

Beliau mengambil maklum bahawa isu itu turut dibincangkan secara hangat dalam media sosial, dan kerajaan perlu juga mengambil kira pendapat penggiat industri makanan dan hiburan, memandangkan ia menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara ~ Sinar Harian

Bagaimanapun apa yang Shahidan nyatakan mengenai kedai mamak itu dipercayai diucapkan diluar kesedarannya...

Bila beliau sedar cadangannya itu akan membangkitkan kemarahan majoriti pengusaha kedai mamak yang beroperasi 24 jam itu adalah penyokong tegar UMNO..

Tak akan dibincangkan langsung perkara itu....


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails