Monday, June 29, 2015

Apa kena mengena Justo ditangkap kerana ugut PetroSaudi dengan 1MDB pinjamkan AS$1.9 bilion kpd PetroSaudi? tanya Mahathir


Riuh rendah dari macai hingga ke Menteri menceritakan kisah Justo ditangkap kerana mengugut PetroSaudi dan menjual e-mail palsu kepada Sarawak Repot..

Dengan bangganya mereka berkata.. Ini membuktikan segala isu yang berbangkit dan dibangkitkan mengenai 1MDB adalah fitnah.. kerana apa yang telah diterima oleh Sarawak Report itu ialah e-mail yang telah dipinda menurut mereka..

Tanpa usul periksa mereka meminta individu-individu yang menyerang 1MDB supaya memohon maaf..

Tapi Macai-macai dan juga Menteri-menteri terlupa.. kebanyakkan serangan terhadap 1MDB berpunca dari jawapan yang diberikan oleh Najib sendiri di Parlimen mengenai 1MDB yang berbelit-belit bukannya berdasarkan laporan Sarawak Report..

Dan demi memperbodohkan rakyat mereka juga berkata penahanan Justo oleh Polis Thailand itu akan mendedahkan kebenaran tentang 1MDB..

Tapi persoalan yang berbangkit dari cubaan memperbodohkan rakyat ini ialah.. Apa kaitannya penahanan Justo oleh Polis Thailand kerana didakwa mengugut PetroSaudi dengan 1MDB pinjamkan PetroSaudi USD1.9 Billion?


Laporan berkaitan...

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menangkis seruan agar pihak yang mengkritik 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf. 
Ini kerana, penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International tidak menjawab persoalan utama dalam isu melibatkan usaha sama di antara 1MDB dan PetroSaudi. 
Dalam tulisan di blog chedet.cc, Mahathir merujuk kepada dana AS$1.9 bilion yang dipinjamkan 1MDB kepada PetroSaudi. 
Mahathir berkata, Najib memberitahu Parlimen bahawa 1MDB meminjamkan AS$1.9 bilion kepada anak syarikat PetroSaudi untuk mengurangkan risiko pegangan sahamnya. 
Sepatutnya, pinjaman itu dikembalikan selepas usaha sama 1MDB dan PetroSaudi terbatal, kata Mahathir. 
"Memberi pinjaman kepada rakan kongsi JV (usaha sama) yang tidak sesuai, (langkah itu) hanya akan meningkatkan risiko, bukan mengurangkannya. 
"Apabila JV itu dibatalkan selepas hanya enam bulan dibentuk, tentulah kerana 1MDB menyedari bahawa usaha itu menyusahkan. 
"Apa yang ia patut buat ialah menuntut agar ekuiti dan pinjaman berjumlah AS$1.9 bilion itu dikembalikan. 
“Sebaliknya ia diubah kepada satu pinjaman (murabahah). Selepas diberi pinjaman AS$1.9 bilion, di mana wang ini sekarang?,” soalnya. 
Kerajaan setakat ini hanya membayangkan bahawa wang tersebut dilaburkan di Cayman Islands sebelum dipindahkan ke BSI Singapore. 
Kerajaan juga menjelaskan bahawa dana yang disimpan itu dalam bentuk “unit”, tanpa menjelaskan maksudnya. 
Penahanan bekas pengarah PetroSaudi itu oleh pihak berkuasa Thailand memberi peluang kepada kerajaan Malaysia untuk mendakwa bahawa kritikan ke atas 1MDB berpunca daripada dokumen yang telah dipinda. 
Justo juga didakwa bertindak demikian dengan tidak amanah. 
Butiran mengenai dokumen yang didakwa telah dipinda itu bagaimanapun tidak didedahkan. 
Polis Thailand juga tidak menyebut mengenai dokumen yang dipinda, dan hanya menyiasat Justo kerana dakwaan mengugut PetroSaudi. 
Mahathir seterusnya berkata, soal itu bagaimanapun tiada kena mengena dengan kawalan 1MDB ke atas pinjaman yang diberikan kepada PetroSaudi. 
"Selepas itu, pelaburan dan pinjaman USD700 juta ditukar menjasi pinjaman kepada seorang rangkan kongsi yang (1MDB) tidak lagi diyakini dapat memberi hasil melalui JV. 
"Anda (hanya) ada sedikit kawalan secara langsung ke atas sesuatu JV, tetapi (tiada kawalan) ke atas peminjam. 
"Jadi apa kena mengenai dengan Justo mengugut PetroSaudi?.. Tiada apa-apa,” katanya lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails