Tuesday, June 30, 2015

Adik Najib kata rakyat kini tertekan...


Pengerusi CIMB, Datuk Nazir Razak berkata beliau bimbang kerana masyarakat Malaysia kini tertekan kerana tidak mendapat maklumat yang benar berhubung isu yang dihadapi negara.

Lebih buruk lagi, keadaan ini malah menyebabkan lebih banyak perpecahan di kalangan rakyat, katanya dalam satu tulisan di Instagram.

Dalam tulisan itu, Nazir turut memuatkan gambar dan tajuk sebuah buku motivasi tulisan Michelle M Paiva yang menekankan peri penting kebenaran, bertajuk 'Truth, Next Exit'.

“Institusi kita perlu membawa kita ke sana dengan cepat. Rakyat Malaysia tidak mendapat kebenaran – yang memecah belah dan menekan.

“Apabila timbul kebenaran, kita boleh mencari penyelesaian,” katanya di laman tersebut.

Beliau turut menjawab soalan pengunjungnya, sama ada rakyat Malaysia perlu keluar di susur lebuhraya di hadapan, seperti digambarkan dalam foto yang dikongsi Nazir.

“Di hadapan sana jalan menuju masyarakat Orwellian!,” jawabnya.

Jawapannya itu merujuk kepada latar dalam novel popular '1984' karya George Orwell berhubung kawalan kerajaan totalitarian ke atas masyarakatnya.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sekiranya Nazri merujuk kepada pentadbiran abangnya, Datuk Seri Najib Razak.

Namun Nazir sememangnya kritikal ke atas 1MDB, projek yang dicetuskan perdana menteri itu lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails