Monday, May 18, 2015

TAHNIAH Kak Wan!! sah sebagai Ketua Pembangkang hari ini..


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) dan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin) mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen hari ini.

Upacara angkat sumpah itu diadakan di hadapan Speakder Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Wan Azizah, yang kembali ke Parlimen selepas tujuh tahun, juga diumumkan oleh Speaker sebagai ketua pembangkang baru.


Sidang Parlimen bermula hari ini sehingga 18 Jun, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dijangka membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 pada hari Khamis.

Speaker berkata beliau puas hati mendapatkan kata sepakat (dari pihak Pakatan Rakyat), dan mengumumkan Wan Azizah sebagai ketua pembangkang serta mengalu-alukan kehadirannya semula di Parlimen.

Anak-anak Wan Azizah - Ehsan Anwar dan Ilham Hana Anwar - menghadiri majlis tersebut.

Pada 7 Mei, Wan Azizah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 8,841 undi dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

Beliau mendapat 30,316 undi berbanding 21,475 undi yang diperolehi calon BN Suhaimi Sabudin. lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails