Monday, May 4, 2015

Nak faham GST undilah Calon BN kata MB Pahang?


Apa punya bodoh saranan MB Pahang ni.. saranannya ialah kalau nak faham tentang GST pengundi-pengundi di Parlimen Rompin diminta mengundi Calon BN..

Sebabnya Calon itu akan menjelaskan yang kononnya dikatakan salah faham tentang GST itu..

Faham atau tidak apa itu GST.. dari mula perlaksanaannya hingga ke hari ini telah terbukti ianya membebankan rakyat kebanyakkan kerana kebanyakkan barangan keperluan meningkat harganya lebih dari 6% kadar GST yang dikenakan itu..

Asasnya kuasa beli kita rakyat marhaen ini telah berkurangan sebanyak lebih dari 6%  atau secara mudah untuk memahaminya potonglah 6 hingga 10% pendapatan bulanan kita..

Biarpun sebelum ini ada Menteri yang berkata GST hanya dikenakan terhadap golongan kaya terbukti ianya hanyalah satu cubaan untuk memperbodohkan rakyat kini..

Golongan kaya langsung tak terkesan tapi golongan miskin dan sederhana mula merasakan kesannya.. (macai tak rasa.. sebab mereka dikecualikan dari GST).

Jadi.. pengundi wajar memberikan kemenangan kepada PAS di Rompin dan PKR di Permatang Pauh untuk menunjukkan kepada Kerajaan bahawa rakyat menolak GST..

Tak perlu untuk mengundi BN hanya kerana mahu memahami GST kerana faham atau tidak GST sememangnya membebankan rakyat.. macai tak termasuk..

Laporan berkaitan..

Jika pengundi Rompin memilih Datuk Hasan Arifin sebagai anggota parlimen, calon BN itu boleh menjelaskan salah faham mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana BN adalah kerajaan yang memerintah, kata Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob.

Bercakap kepada pemberita di Rompin hari ini, beliau berkata ramai pengundi salah faham mengenai cukai yang baru dilaksanakan itu namun penjelasan yang cukup boleh memahamkan mereka.

"GST akan menjadi isu (dalam pilihan raya kecil) dan memberi kesan bagaimanapun, Insya-Allah, pengundi akan memilih BN," katanya.

Pilihan raya kecil parlimen Rompin pada Selasa ini menyaksikan Hasan berdepan cabaran Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad.

Sebelum itu dalam ucapannya, Adnan yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata berdasarkan trek rekod menunjukkan Hasan adalah pilihan untuk pengundi Rompin.

"Sebagai pemimpin veteran yang pernah menjadi ADUN, exco kerajaan negeri, timbalan menteri besar, pengalaman Hasan boleh dilihat oleh semua rakyat. Beliau akan berada di Parlimen.

"Jika Perdana Meteri Datuk Seri Najib membuat rombakan kabinet, mungkin Hasan akan menjadi menteri. Ini sesuatu yang perlu kita fikirkan juga," katanya yang diiringi tepukan hadirin lapor Malaysiakini
br />

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails