Sunday, May 24, 2015

Najib mengungkit lagi.. kali ini jasanya kepada Mahathir pula..


Datuk Seri Najib Razak yang hebat digasak pengkritik hari ini menggesa penyokongnya di Pahang menjadi “panglima” baginya dalam mempertahankan dirinya supaya agar beliau boleh "menyelesaikan masalah" negara.

Katanya, beliau sendiri dahulu pernah menjadi “panglima” mempertahankan pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga tidak terkecuali daripada masalah.

"Kita tahu kalau ada masalah kita selesaikan. Takkan ada masalah yang tak boleh diselesaikan.

"Dulu pun banyak masalah, waktu Dr Mahathir, saya jadi panglima, pertahankan dia.

"Jadi sekarang ini tuan-tuanlah jadi panglima pertahankan saya.

"Kalau pemimpin ada orang pertahankan dia, tak ada masalah yang tak boleh dirungkai," katanya sewaktu berucap di pangkalan udara Tentera Udara Di Raja Malaysia, Kuantan petang ini.

Pemuda Umno Pahang mengadakan program di pangkalan udara itu bagi menyatakan sokongan kepadanya sebelum beliau berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet rasmi negara.

Kenyataannya petang ini mengulangi dakwaannya sebelum ini yang Dr Mahathir kekal berkuasa kerana mendapat sokongan beliau sewaktu Umno dilanda masalah pada tahun 1987.

Najib berkata, Dr Mahathir kekal memerintah negara selama 22 tahun kerana sistem pemilihan Umno yang kurang demokratik sewaktu pentadbiran bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir kini rancak mengkritik pentadbiran Najib dan menggesanya agar meletak jawatan bagi memastikan Umno kekal berkuasa pada pilihan raya umum ke-14.

Di antara modal kritikan Dr Mahathir terhadap Najib ialah operasi dana pengurusan strategik negara yang sarat dibebani hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan Altantuya Shaariibuu oleh bekas pengawal Najib dan dakwaan gaya hidup mewah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor lapor The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails