Monday, May 18, 2015

Mengapa Najib tidak jawab isu Rosmah?


Sikap Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak menjawab langsung kritikan terhadap isterinya yang dituduh berlagak seperti Perdana Menteri boleh menimbulkan persoalan kepada rakyat.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, rakyat kemungkinan berangganpan bahawa Najib takut untuk menyentuh isu isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimanapun, katanya, hanya Najib tahu sebab-sebab mengapa beliau tidak langsung menjawab kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap isterinya.

“Satu perkara yang Najib tidak sentuh langsung ialah mengenai karenah dan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Rosmah, sedangkan ia bukan saja menjadi percakapan paling popular dalam kalangan rakyat, malah Dr Mahathir pernah mendakwa perkara itu.

“Kenapa ia tidak disentuh atau tidak berani disentuh hanya Najib yang mengetahui sebab-sebabnya,” tulisnya di blog, shahbudindotcom.blogspot.com,

Shahbudin berkata, Najib menerusi blognya najibrazak.com tidak menjawab soalan yang dibangkitkan Dr Mahathir tetapi hanya mengulangi fakta-fakta lama selain Dr Mahathir.

Beliau berkata, Najib mempunyai jawapan bagi setiap persoalan yang dibangkitkan Dr Mahathir dan rakyat namun beliau memilih untuk tidak menjawab.

Beliau memberi contoh jawapan yang tidak menjawab soalan yang diberikan oleh Najib kepada Dr Mahathir.

“Kenapa persoalan ini hanya diperkatakan sekarang dan bukannya lapan tahun lalu? Shahbudin berkata, soalan yang dibangkitkan Dr Mahathir ialah siapa yang mengarahkan pembunuhan itu?

Shahbudin berkata, Najib mencatatkan sejarah kepada negara kerana menjadi satu-satunya Perdana Menteri yang gagal mendapat majoriti dua pertiga dan undi popular selepas mengambil alih kepemimpinan negara.

“Tentunya ini menggambarkan beliau tidak popular di kalangan rakyat pelbagai peringkat.

“Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah, ketika pertama kali mengadakan pilihan raya umum sebaik mengambil alih teraju parti dan negara, semuanya berjaya mendakap kemenangan dua pertiga dalam pelukan masing-masing. Hanya Najib gagal memeluknya,” katanya lapor Free Malaysia Today


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails