Friday, May 22, 2015

Idiot! kata Tony Pua kepada Shahidan..


Pemimpin DAP mengkritik keras menteri Parlimen Datuk Seri Shahidan Kassim susulan kenyataannya bahawa undian di Parlimen tidak perlu didedah pada umum.

"Bahlul. Unsur asas demokrasilah untuk tahu bagaimana anggota Parlimen kamu mengundi di Parlimen!" kata Tony Pua.

Menulis di Facebook, anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga berkata beliau tidak pelik apabila speaker juga "naik angin" dengan menteri parlimen.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini berkata jawatan menteri Parlimen patut dimansuh kerana memberi gambaran badan itu dikawal pihak eksekutif.

Pandikar membangkitkan perkara itu selepas kontroversi 'peletakan jawatannya' kerana didakwa tidak puas hati dengan pelbagai perkara dalam isu berkaitan Parlimen.

Beliau menarik balik hasrat itu setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan transformasi.

Shahidan dalam jawatan bertulis Parlimen semalam berkata prosedur sedia ada dalam proses pengundian di Parlimen sudah memadai.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika umum menuntut ketelusan bagaimana anggota parlimen mengundi berhubung satu-satu rang undang-undang kontroversi dan usul yang dibentangkan di Parlimen. 

Dalam jawapan bertulisnya, Shahidan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata keputusan pengundi belah bahagian cukup sekadar diedar kepada anggota parlimen dan tidak perlu dipapar di Internet lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails