Sunday, May 10, 2015

Ibrahim Ali marah digelar sebagai 'katak', Saifuddin Nasution lebih layak katanya..


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada portal media supaya tidak menggelarnya sebagai katak.

Beliau yang berang dengan panggilan itu, menegaskan terdapat orang lain yang lebih sesuai dengan panggilan itu, dan bukan dirinya.

Jelasnya jika panggilan itu ingin digunakan, ia sesuai dipakai oleh bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution.

“Saya tidak suka portal media menulis saya dengan gelaran katak. Janganlah media portal menuduh saya dan menulis berulang-ulang perkataan katak itu.

“Tulislah nama jawatan saya baik-baik, bukankah lebih elok. Saifudin Nasuition itu juga seharusnya dipanggil katak kerana lompat parti banyak kali, tapi tak panggil dia katak pun,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PERKASA.

Selain gelaran “katak”, Ibrahim turut meluahkan rasa kurang senang apabila dilabel bersifat perkauman. Sebaliknya menegaskan apa yang dibangkitkan mengenai isu Bible dan Kalimah adalah bersandarkan fakta.

“Saya ada bukti dan video sebab itu saya cakap. Saya berani sebab saya cakap perkara yang betul,” tegasnya lapor Free Malaysia Today


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails