Thursday, May 28, 2015

Kem Transit PATI di Wang Kelian dah ujud dua atau tiga tahun dakwa Timbalan Pengerusi Rohingya Society..


Siapalah yang berbohong mengenai kem transit PATI di Wang Kelian ni.. sorang kata masih baru tapi seorang lagi kata dah dua atau tiga tahun..

Yang berkata kem tarnsit ini baru ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya ini berdasarkan berdasarkan kain kafan yang digunakan untuk membalut mayat yang digali adalah masih dalam keadaan elok serta daun dan ranting pokok yang ditebang di kawasan itu juga masih baharu. 

"Barang-barang makanan yang ditemui juga didapati masih baharu termasuk bumbung plastik kem," katanya kepada pemberita... sepenuhnya sila baca di SINI

Tapi dakwaannya itu disangkal oleh Timbalan Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah, Yusof Ali.

Selain mendedahkan nama ejen besar sindiket jual orang tu.. beliau turut mendedahkan bahawa kem tersebut sudah wujud sejak dua ata tiga tahun yang lalu..

Kem-kem transit yang ditemui pihak berkuasa Malaysia di kawasan hutan Wang Kelian, Perlis dipercayai diguna untuk menempatkan mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia yang "dibeli" oleh ejen besar sindiket itu dikenali dengan nama "Yassin". 
Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah, Yusof Ali kepada Bernama hari ini yang turut berkata, Yassin berbangsa Rohingya dan dikenali sebagai seorang daripada ejen utama sindiket itu. 
Menurutnya, walaupun berasal dari Myanmar tetapi Yassin, yang berumur dalam lingkungan 30-an tinggal di selatan Thailand, manakala operasi sindiket pemerdagangan manusia diketuainya pula menjangkau sehingga ke negara ini. 
"Hasil maklumat kami, beliau merupakan ejen yang bertanggungjawab "membeli" warga Rohingya dan Bangladesh terbabit daripada sindiket di selatan Thailand dengan harga tertentu dan ditempatkan secara sementara di kem-kem transit di Wang Kelian sebelum dijual kepada pihak lain." 
"Yassin merupakan ejen sindiket pemerdagangan manusia yang besar dan nama beliau amat dikenali ramai di kalangan Rohingya memasuki Malaysia yang menjadi mangsanya," menurutnya, yang tinggal di negara ini sejak 20 tahun lalu. 
Yusuf berasal dari sebuah bandar sempadan Myanmar-Bangladesh, Maungdaw, turut mendedahkan, kem-kem transit mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian itu beroperasi sejak dua hingga tiga tahun yang lalu. 
Pendedahan beliau itu turut diperakui rakannya, Mohammad Hussain Abu Hassan yang turut bergiat aktif di dalam RSM Kedah membantu kebajikan pendatang Rohingya dari Myanmar. 
Tiga hari lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan kem-kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. 
Sehingga hari ini, pasukan forensik polis menemui tiga mayat yang sudah reput dari kubur-kubur yang terletak di dalam kem transit terbabit. 
Yusuf berkata, apa yang berlaku di dalam kegiatan pemerdagangan manusia adalah ejen-ejen besar sindiket seperti Yassin akan membeli pendatang-pendatang Rohingya atau Bangladesh yang baru tiba di selatan Thailand. 
Disebabkan beliau tinggal dan beroperasi di selatan Thailand, Yassin mempunyai hubungan rapat dengan ketua-ketua sindiket lain yang terdiri daripada rakyat Thailand atau rakyat Myanmar berbangsa Rakhine. 
Yassin kemudiannya akan menempatkan pendatang-pendatang yang baru dibelinya itu di suatu lokasi seperti di kem transit di kawasan hutan di Wang Kelian sebelum diagih-agihkan kepada ejen-ejen kecil dengan bayaran tertentu untuk memperoleh keuntungan berlipat-ganda, katanya. 
"Ejen-ejen kecil inilah atau orang suruhan mereka yang akan mengambil pendatang-pendatang seperti di Wang Kelian untuk dihantar ke serata Malaysia," katanya. 
Kedudukan Wang Kelian yang dikelilingi hutan-hutan tebal, bukit-bukit curam batu kapur serta berhampiran dengan sempadan Thailand, katanya, menjadikan ia laluan kegemaran bagi sindiket-sindiket pemerdagangan manusia. 
Pintu sempadan Wang Kelian terletak berhadapan dengan pintu sempadan Wang Prachan, Satun dan sejak beberapa tahun lepas, pengunjung bebas keluar masuk di kawasan sempadan Malaysia-Thailand pada Sabtu dan Ahad menerusi pintu masuk ini tanpa menggunakan pasport, namun kelonggaran itu dibatalkan baru-baru ini atas sebab-sebab keselamatan. 
Ditanya tentang kedudukan terkini Yassin, Yusof berkata, beliau dipercayai melarikan diri dengan menyelusup masuk ke Myanmar selepas kegiatannya di selatan Thailand itu dibongkar pihak berkuasa negara jiran itu. 
"Saya diberitahu oleh sumber-sumber saya yang mengatakan Yassin telah melarikan diri ke Myanmar, tidak lama selepas pihak berkuasa Thailand membongkar pembabitannya di dalam sindiket itu," katanya. 
Yassin menurutnya, berkemungkinan berasa lebih selamat berada di negara asalnya di Myanmar pada ketika ini, daripada di Thailand apabila beliau sedang diburu. - Bernama

Kita nak percaya siapa ni?.. yang berpengalaman melaluinya atau yang baru sehari dua menyedari kewujudan kem itu?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails