Wednesday, May 27, 2015

Bukan Arul tapi Najib yang sepatutnya dipanggil PAC


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) berdasarkan pendedahan bahawa urusan kewangan kontroversi 1MDB mungkin dibuat dengan keizinannya, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Ini selepas Malaysiakini mendedahkan semalam bahawa Memorandum dan Tata Urusan Syarikat (M&A) Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), pendahulu kepada 1MDB, menghendaki semua urusan perlu diluluskan oleh perdana menteri.

Katanya, keterangan Najib akan membersihkan sebarang keraguan sama ada atau tidak, beliau tahu terdapat salah urus dalam 1MDB.

"Saya fikir adalah terbaik untuk Najib memperuntukkan satu atau dua hari untuk datang ke Parlimen dan menjelaskannya," kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Menurutnya, Najib juga perlu disoal oleh PAC kerana ia kini bukan hanya setakat pengurusan kanan - beliau adalah sebahagian daripada transaksi 1MDB dan dalam kedudukan untuk menjelaskan. 

Walaupun TIA telah menukar namanya kepada 1MDB, Rafizi, yang juga ahli Parlimen Pandan, berkata beliau yakin 1MDB mewarisi sepenuhnya M&A TIA.

"Apabila anda menukar nama syarikat, anda tidak menukar M&A kerana ia adalah entiti yang sama" katanya.

Tambahnya, apa yang bermula sebagai TIA jelas akan diwarisi sepenuhnya oleh 1MDB dan "jika anda merujuk kepada nombor syarikat mereka, ianya sama."

Pendedahan Malaysiakini yang dimaksudkan sila baca di SINI


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails