Monday, May 11, 2015

Azeez Kantoi lagi!!


Mula-mula dia kantoi bila didapati berbohong dengan menafikan Tabung Haji membeli tanah daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan harga yang melampau tinggi.

“Tak betul. TH akan keluarkan kenyataan secepat mungkin,” katanya di Twitter, bagi menjawab pertanyaan yang diajukan mengenai dakwaan tersebut.

Tapi bila Tabung Haji mengesahkan badan pengelola dana simpanan bagi umat Islam untuk ke tanah suci Mekah itu membeli sebidang tanah itu dia kata communication breakdown..

Lepas tu dia jual pulak nama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.. katanya Jawatankuasa Fatwa itu telah sahkan pembelian daripada 1MDB..

Apa kena mengena Jawatankuasa Fatwa dengan pembelian tanah ni entahlah.. tapi mungkin kerana Pengerusi Majlis Fatwa ni salah seorang dari Lembaga Pengarah yang ada dalam TH kot?


Malangnya... Azeez kantoi sekali lagi bila Dr. Maza menafikan tentang dakwaan Azeez itu kononnya pelaburan TH itu pernah dibincangkan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan..

Kesian.. Letak jawatan lah Azeez.. ramai lagi orang Islam yang berkemampuan untuk mentadbir organisasi yang besar tu lebih baik dari hang..

Laporan berkaitan..

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pernah mengesahkan transaksi pembelian tanah Lembaga Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengikut syariah. 
Asri berkata, sejak menjadi ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Februari lalu, badan agama itu tidak pernah membincangkan isu pelaburan tanah antara Tabung Haji dan 1MDB. 
"Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB. 
"Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang e-mel saya tentang hal ini," katanya dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya, hari ini. 
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin dilaporkan berkata, pembelian sebidang tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) dengan nilai RM188.5 juta itu menepati syarat-syarat pematuhan syariah, sah, dan dijalankan tanpa melibatkan unsur gharar (meragukan). 
Menurut Shukor yang juga ahli lembaga pengarah Tabung Haji, pembelian itu bukan satu perkara luar biasa dan urusannya dijalankan dengan sangat telus serta mengikut kaedah jual beli dalam Islam. 
“Dalam menentukan harga barang, bukan pembeli yang menentukannya dan kita tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan harga ditawarkan. 
“Dalam urusan jual beli Islam, jika penjual meletakkan harga sedemikian dan pembeli bersetuju, ada barang dan ada bayaran, maka boleh berlaku (urusan) jual beli itu,” katanya pada sidang media Sabtu lalu bersama Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail serta Timbalan Pengarah Urusannya Datuk Johan Abdullah. 
Shukor turut mempertahankan Tabung Haji mengikuti sepenuhnya proses dan prosedur selepas dua tahun menunggu urusan jual beli selesai. 
“Dua tahun kita menunggu untuk membeli tanah di TRX, kita melihat proses tersebut. Kita membelinya kerana ia akan beri faedah untuk Tabung Haji dan memberi untung kepada pendeposit. 
“Kita menilai sebagai seorang Islam. Saya lihat tempat itu sangat strategik,” katanya, dipetik laporan akhbar. 
Katanya, pembelian itu dijalankan tanpa ada unsur penipuan dan ia juga dijalankan tanpa melibatkan pengaruh mana-mana pihak. 
Azeez berkata, Tabung Haji akan menjual semula tanah seluas 1.56 ekar tersebut, dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta dan setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membelinya. 
Katanya, dibuat atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengelak penyebaran fitnah secara berterusan, selain meredakan persepsi kurang baik dalam kalangan pendeposit ~ The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails