Sunday, May 10, 2015

Azeez.. Johan Abdullah itu pun ada percanggahan kepentingan lah!!


Inilah hasilnya bila yang dilantik memegang jawatan bukannya berdasarkan kebolehan tapi kepandaian membodek pemimpin atasan saja..

Urus tadbir korporat pun langsung dia tak faham, boleh pulak dilantik menjadi Pengerusi sebuah entiti yang punya simpanan lebih dari RM30 Billion..

Betullah orang kata dalam UMNO ni kalau nak kaya tak perlu cerdik cukup sekadar pandai bodek..

... Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan hari ini, tiada percanggahan kepentingan dalam pembelian tanah dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana Pengarah Urusan kumpulannya, Tan Sri Ismee Ismail – yang merupakan ahli lembaga pengarah 1MDB – tidak mengambil bahagian dalam sebarang proses perundingan.

Katanya, timbalan Ismee, Datuk Johan Abdullah, yang mengetuai perundingan dengan 1MDB, oleh itu proses itu berjalan tanpa terkait dengan mana-mana pihak.


Maaflah Tuan Pengerusi, kami rasa anda perlu lebih banyak belajar mengenai tadbir urus korporat.

Johan juga ada percanggahan kepentingan kerana beliau ialah seorang pengarah dan juga pengerusi Edra Global Energy Berhad, yang 100% dimiliki 1MDB.

Percanggahannya sangat jelas.

Tan Sri Abdul Samad Alias dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah – ahli panel pelaburan Tabung Haji – juga ada percanggahan kerana mereka menganggotai panel penasihat 1MDB.

Yang benar-benar tidak mempunyai sebarang percanggahan kepentingan, dan boleh memberi pandangan yang bebas, ialah mereka yang menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Risiko Tabung Haji.

Jawatankuasa itu jelas menyatakan pembelian itu melibatkan risiko yang tinggi – satu hujah yang tidak dihiraukan oleh pengurusan, panel pelaburan dan lembaga penasihat.

Sekiranya Azeez benar-benar hendak membetulkan keadaan, yang memang nyata merupakan satu kesalahan besar, beliau harus membatalkan perjanjian itu dan dapatkan semula wang RM188.5 juta yang dibayar kepada 1MDB.

Kecualilah kalau, beliau hendak katakan yang Tabung Haji tidak mampu berbuat demikian kerana 1MDB perlukan wang itu bagi menyelesaikan bayaran faedah hutangnya yang tempohnya hampir tiba bila-bila masa sekarang.

Kalau begitu keadaannya, Tuan Pengerusi jangan marah apabila rakyat kata, tindakan Tabung Haji ialah bagi menyelamatkan atau “bailout” 1MDB.~ The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails