Monday, May 11, 2015

Ahmad Maslan mengamuk sebab dia kata kena fitnah..


Timbalan Menteri yang penuh kontroversi, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan sesiapa yang mempersoalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan disaman.

Timbalan Menteri Kewangan itu juga menafikan beliau menyarankan pihak yang mempertikai GST supaya pindah dan tinggal di bulan.

Ahli Parlimen Pontian itu menyifatkan pihak yang menyebarkan fitnah itu sebagai ‘bangkrap moral’ dan kerja bodoh.

“Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tak pernah cakap dua perkara itu. Orang yg suka fitnah ialah kumpulan bangkrap moral,” tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun, ejaan ‘bangkrap’ yang digunakan Ahmad Maslan itu salah. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ejaan betul ialah ‘bankrap’.

Ahmad yang sering menjadi mangsa tohmahan berhubungan pendiriannya mengenai GST membuat penafian itu selepas gambarnya dengan dua ayat “Siapa persoalkan tentang GST akan disaman!” dan “Tak mampu Bayar GST Duduk Kat Bulan” disebar dan dikongsi di media sosial.

Ahmad Maslan sebelum ini menegaskan beliau tetap akan menjelaskan kepada rakyat mengenai GST walaupun berisiko dibaling batu oleh pihak yang tidak berpuas hati lapor Free Malaysia Today


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails