Saturday, May 9, 2015

Ahmad Maslan antara punca kekalahan BN di Permatang Pauh dakwa Pemuda UMNO


Tiga perkara telah disenaraikan oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang sebagai faktor yang menyebabkan BN masih gagal menawan Permatang Pauh dari PKR dalam PRK baru-baru ini..

Selain dari isu 1MDB dan pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji nama Ahmad Maslan juga dikaitkan sebagai punca mereka mengekalkan kekalahan mereka..

Berikut adalah kenyataan media dari Pemuda UMNO Pulau Pinang yang tersebar melalui WhatsApp..

Keputusan PRK Permatang Pauh pada 7hb Mei 2015 telah menyaksikan pengundi muda telah menolak secara 'total' calon Barisan Nasional. Selepas pelbagai program sukan , santai dan keagamaan yang di rancang khusus mengikut acuan orang muda , undi mereka tetap tidak bersama kita. Secara umum, isu Nasional merupakan punca utama BN tumbang di Permatang Pauh. BN tewas bukan kerana mereka kebal tapi kita memberi peluru untuk mereka menyerang kita.

Secara khusus nya, antara isu yang masih membelenggu mereka ialah :

1. 1MDB- walaupun berulang kali di beri penjelasan oleh pelbagai pihak termasuk YAB Perdana Menteri , rakyat masih melihat ianya bukan sebagai jawapan tetapi lebih kepada memberi alasan. Auditan oleh Jabatan Audit Negara masih belum sampai ke pengetahuan rakyat. Tidak ada kah satu keperluan untuk menetapkan satu tempoh yang khusus kepada Jabatan Audit Negara agar mereka membentang hasil Auditan kepada rakyat?

2. GST- Kenyataan dari masa ke semasa oleh Timbalan Menteri Kewangan , YB Dato Ahmad Maslan juga sering di persendakan oleh rakyat. Keputusan ' Top up ' yang sering ' U-Turn ' amat memalukan seolah-olah Kerajaan Pusat tidak mempunyai ' Bargaining Power ' berdepan dengan Syarikat Telekomunikasi.

Pemuda UMNO Negeri bersetuju bahawa GST merupakan satu sistem percukaian yang baik, teratur dan telah di kaji dalam tempoh yang agak lama sebelum di implementasikan pada 1hb April yang lalu. Rakyat keliru dan gelisah apabila di khabarkan bahawa mereka tidak akan dibebani dengan kenaikan kos saraan hidup dengan perlaksaan GST ini tetapi pada hakikatnya harga barang dan perkhidmatan secara keseluruhannya naik tanpa sebarang kawalan. Kita boleh menyalahkan peniaga yang tamak haloba menaikkan harga barang sesuka hati tetapi dimanakah tindakan penguatkuasaan serta pemantauan? Pihak kementerian tidak sewajarnya menunggu aduan daripada pengguna untuk mengambil tindakan, tetapi perlu menambah keanggotaan penguakuasaan untuk mengambil tindakan kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab.

3. Sehari sebelum PRK Permatang Pauh sekali lagi rakyat di kejutkan pula dengan pembelian sebidang tanah oleh TH bernilai RM 188.5 juta di Tun Razak Exchange daripada 1MDB. Kami amat faham bahawa TH perlu membuat perlaburan dalam sektor hartanah bagi membolehkan para pendeposit TH mendapat pulangan dalam bentuk dividen. Apa yang menjadi persoalan sekarang adakah pembelian ini adalah satu strategi menyelamatkan 1MDB. Ini adalah kerana tanah ni di jual oleh Kerajaan Pusat kepada 1MDB dengan harga RM 60 sekaki tetapi di jual pula kepada TH dengan harga RM 2860 sekaki. Jawapan segera amat lah di pohon untuk meredakan kemarahan rakyat Malaysia terutamanya pendeposit TH kerana mereka berhak mengetahui bagaiman wang yang mereka depositkan ini di laburkan. Kami berterima kasih kepada pembocor maklumat sulit pembelian tanah ini. Jika bukan dengan tindakan beliau, rakyat tidak akan tahu menahu hal ini.

Akhir sekali kami merayu dan meminta yang Y.A.B Presiden dan Perdana Menteri Malaysia dapat memberi jawapan segera kepada isu yang telah di bangkitkan oleh rakyat. Kami tidak mahu BN dan UMNO terus menerus di tolak kerana tindakan dan keputusan oleh pemimpin peringkat Nasional. Pemuda Umno Negeri tetap menyokong dan berdiri teguh di belakang Y.A.B Presiden tetapi Y.A.B Presiden perlu tampil memberi jawapan segera kepada rakyat.

Salam Hormat Daripada Saya

Rafizal Abd Rahim 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO 
Negeri Pulau Pinang


Mengaku pun depa dah bawak badut mai kempen di Permatang Pauh.. kah.. kah.. kah...


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails