Tuesday, May 19, 2015

1MDB: Dikatakan tiada masaalah.. tapi kenapa ada 'Pelan Pemulihan'?


Biasanya pemulihan dilakukan jika terdapat masaalah.. menariknya dalam kes 1MDB ini Menteri-mentri dari UMNO bermati-matian menegaskan tiada masaalah yang melanda 1MDB..

Tetapi ucapan Najib di Sabah telah menimbulkan persoalan.. dimana beliau telah menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh..

Dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yakin bahawa syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menghadapi masalah besar selain persepsi negatif terhadap syarikat tersebut..

Persoalannya ialah dikatakan tiada masaalah tapi kenapa harus ada pelan pemulihan?

Laporan berkaitan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkeyakinan pelan pemulihan yang sedang dilaksanakan Putrajaya dapat mengurangkan jumlah hutang dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Najib yang juga menteri kewangan berkata, langkah pemulihan itu dapat dijayakan bersama Kementerian Kewangan (MoF) walaupun 1MDB sedang berdepan kritikan pelbagai pihak. 
"Langkah pemulihan boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan inilah perkara yang sedang diusahakan kerajaan. 
"Saya yakin MoF boleh sama-sama memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan. 
"Lambat laun kita boleh membuktikan langkah menyelamatkan atau memulihkan 1MDB boleh dicapai matlamatnya," katanya ketika berucap pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini. 
Najib berkata, segala persoalan mengenai 1MDB akan terjawab sedikit masa lagi apabila ketua audit negara selesai melakukan audit terhadap syarikat pelaburan bermasalah itu. 
"Saya amat berharap semua pihak akan menunggu laporan tersebut,” katanya.
Minggu lalu, Jabatan Audit Negara memaklumkan sedang giat melakukan pengauditan ke atas 1MDB, dan berusaha menyiapkannya seberapa cepat yang boleh.
 
Jabatan itu merancang mengemukakan laporan awal pengauditan tersebut kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selewat-lewatnya akhir bulan depan. 
"Jabatan Audit Negara sememangnya memberi keutamaan terhadap tugasan ini," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam kenyataannya menjawab pihak yang ingin mengetahui status terkini pengauditan jabatan itu terhadap 1MDB lapor The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails