Monday, April 20, 2015

Wartawan dedahkan nyaris dibelasah peserta demo 'Turun Salib' tapi diselamatkan Jannah..


Kisah yang menarik untuk dikongsikan bersama ini telah dikongsi oleh Marina Mahathir melalui laman rasmi facebook miliknya.

Sehingga waktu artikel ini ditulis ianya telah dikongsikan oleh lebih dari 800 individu dan mendapat lebih dari 3,500 'Like'.

Ianya mengenai seorang wartawan bernama Nicholas Cheng yang dipercayai dari akhbar The Star kerana selain dari The Star demontrasi turunkan salib itu hanya mendapat liputan dari dua buah akhbar.

Menurut Nicholas hanya dua buah akhbar yang memberikan liputan tentang insiden ini, satu dari The Star manakala satu lagi dari Sinar.

Nicholas bukan hadir sebagai wartawan semata-mata tetapi sebagai penganut kristian yang sedang kebingungan memikirkan rasionalnya lambang salib diturunkan dari sebuah Gereja..

Dalam mencari jawapan tentang persoalan itu beliau mengajukan beberapa soalan kepada peserta demo itu..

Nicholas bertanya kepada mereka "Apa kuasa yang kamu ada (penduduk) untuk mempersoalkan kewujudan gereja di kawasan berkenaan?"

"Siapa yang berikan kamu hak untuk mendakwa kawasan (penempatan) ini milik muslim?"

"Bagaimana lambang salib boleh membuatkan anak anda menukar agama kepada kristian?"

Malang buat beliau jawapan yang diharapkan tidak diterima tetapi kolar baju beliau dicekak dan diugut oleh peserta pula..

Selepas Nicholas dilayan secara kasar oleh peserta-peserta demo itu muncul Jannah, wartawan dari Sinar yang turut berada di lokasi kejadian.

Sebelum ini Nicholas langsung tidak pernah bertemu dengan Jannah dari Sinar Harian itu.

Jannah menghampiri Nicholas dan meminta dia agar tidak berjalan secara berseorangan.

Bagi memastikan keselamatan Nicholas terjamin sepanjang sesi temubual dan mendapatkan maklumat untuk berita itu, Jannah sentiasa mengikuti Nicholas agar dia tidak diserang oleh kumpulan pendemo tersebut.

Tindakan Jannah itu membuatkan Nicholas tersentuh lalu berkongsikan pengalamannya di laman facebook bagi menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kepada Jannah yang sudi melindungi dan mempedulikan keselamatan dirinya dari diancam oleh peserta demo itu..

Berikut adalah catatan tersebut..

Nicholas Cheng  
Guys I wrote this story today and I want to share with you my experience. I don't want to focus on the sheer stupidity of those protesting, but the kindness of a girl named Jannah from Sinar Harian who was also covering this protest.  
We were the only two reporters there and I was the only non-Malay. Being raised Christian myself, its not hard to see why I was affected by this. So my line of questioning to the villagers was.. sarcastic.  
I asked them, what authority do you have to tell someone else to not have a church here? Who gives you the right to claim this land as Muslim land? How will a cross turn your son into a Christian.  
These are sensible questions but of course, some people can't be swayed with rational thinking. This angered the group and many became confrontational, grabbing my shirt and speaking to me in a threatening manner.  
I have to admit, I was pretty scared. In comes Jannah. I've never met her before. She came up to me and said, hey.. I think you should stay with me. Don't walk off by yourself. We conducted our interviews together after that.  
Even at times when I wandered off to try and speak with the pastor, I noticed she followed me closely from behind. And she later even walked me to my car.  
Wow!  
I would have probably been beaten up or worse if it wasn't for her. This story is making rounds on FB and Twitter, because it shows the kind of Malaysia we live in. 
Intolerant, mindless and sometimes unlivable. But there are gems like Jannah who remind me why Malaysia is a beautiful place.  
I think thats a story worth telling more than a bunch of people angry at a cross. Wherever you are, Jannah.. thank you!


Hmmm... inilah yang kita mahu..

Apa yang Jannah tunjukkan ini sebenarnya membuktikan Islam itu indah.. penuh dengan sifat kasih sayang sesama insan walaupun berlainan agama..

Islam juga mengajar umatnya untuk melayan penganut agama lain dengan baik supaya Islam tidak diserang secara melampau..

Surah Al-Kaafirun menyatakan dengan jelas, masing-masing dengan agama mereka sendiri dan tidak memaksa ajaran Islam ke atas agama lain..

Bukan macam yang kat dalam video di bawah ni..



Tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada umat Islam di Taman Medan.. kerana beranggapan akidah umat Islam sangat rapuh, hanya kerana melihat salib penduduk Islam disitu boleh berpaling dari Islam...

Apa punya turr...


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails