Sunday, April 12, 2015

'Umat Islam tidak percaya Najib bermakna tidak percaya Allah'?.. Biar betul..


Samada media cetak dari Sabah ini tersalah lapor atau pemimpin UMNO ini dah terlepas cakap aku pun tak pasti sebab hingga sekarang laporan ini tidak dinafikan lagi oleh pemimpin yang terbabit..

Apa yang dilaporkan oleh sebuah media cetak dari Sabah dengan tajuk 'Umat Islam tidak percaya Najib, tidak percaya Allah' ialah..

Umat Islam yang tidak percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiada kaitan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu, tidak percaya pada Allah.

"Najib membaca sumpah, Wallahi Wabillahi Wataalahi sebanyak tiga kali termasuk disebuah Masjid, Umat Islam patut percaya pada kenyataannya yang dibuat di bawah sumpah kerana jika tidak, maka itu bermakna kita tidak percaya kepada Allah" kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Baca apa yang tertulis pada keratan akhbar di bawah ni..


Ni versi bahasa Inggeris..


 Nak bodek Najib sekalipun berpada-padalah Ismail Sabri..

Jangan mudah membuat kesimpulan orang ramai yang tak percaya kepada sumpah yang Najib dah lakukan itu sama dengan tak percaya kepada Allah..

Fatwa Ulama mana hang pakai tu..?

Sumpah seseorang bergantung kepada taqwanya kepada Allah, jika seseorang itu tiada taqwa (takut) kepada Allah bila-bila sahaja dia boleh melakukan sumpah palsu meskipun menyebut nama Allah di dalam sumpahnya.

Sedangkan nilai taqwa setiap orang hanya Allah yang ‎mengetahuinya. Tambah lagi, Al-Quran sendiri telah menegas serta menggariskan bahawa suka bersumpah merupakan ciri orang munafik.

Mereka itu (orang-orang munafik) menjadikan sumpah sebagai topeng (perisai), lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan‎ — Surah Al-Munafiqun ayat 2. 

Aku pinjam ayat dari MiLoSuaM kat atas tu..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails