Saturday, April 18, 2015

Tan Sri Khalid Dedahkan sebab pertemuan dengan Haji Hadi di Jakarta...


Angin tak ada.. ribut pun tak ada.. tiba-tiba tersebar cerita kononnya Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menjadi Menteri Besar Selangor semula dalam jangka masa terdekat..

Ini kerana kononnya satu pertemuan bagi membincangkan perkara itu telah diadakan antara beliau dan juga Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi di Jakarta, Indonesia.

Ianya bermula bila sekeping gambar yang telah dimuat naik di Twitter Abdul Khalid sendiri yang memaparkan pertemuan beliau bersama-sama Abdul Hadi, Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri di Jakarta.

Bagi mengukuhkan cerita disebar pula berita kononnya lima ADUN PKR akan meninggalkan PKR bagi menjayakan misi menabalkan semula Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar..

Tapi.. orang kata kalau tak ada angin masakan pohon bergoyang.. dalam hal ini kita anggaplah pohon itu bergoyang kerana ada monyet atau beruk di atasnya yang menggoyangkannya..

Berikut adalah penjelasan dari Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai pertemuan tersebut yang dipetik dari laman Facebook miliknya..

Saya menyertai perbincangan antara Tuan Guru Hj Abdul Hadi bersama pelbagai ketua komuniti Islam baru-baru ini atas kesedaran betapa pentingnya bagi Malaysia terus memperkukuhkan lagi hubungan baik yang sekian lama terjalin dengan pemimpin NGO Islam Indonesia ke arah membina satu rangkaian kerjasama menyeluruh dan berkesan, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran rakyat ASEAN.

Amat kritikal untuk kita semua memastikan masyarakat Islam tidak ketinggalan dalam memainkan peranan dan tidak tercicir dalam kepesatan pembangunan ekonomi terutama memanfaatkan potensi besar dengan wujudnya ASEAN Economic Community (AEC) yakni satu pasaran bebas bagi 600 juta penduduk atau setara dengan lebih 9% dari pasaran konsumer dunia.

Namun, untuk mencapai hasrat tersebut, perlu ada kestabilan dari segi sosio-ekonomi dan politik terlebih dahulu.

Dia tak sentuhpun pasal Kerajaan Selangor.. manakala berikut pula adalah penjelasan TG Haji Hadi ketika ditanya mengenai kehadiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Jakarta bersamanya sehingga timbul khabar angin yang mengatakan 'pertemuan' itu diadakan bagi membincangkan mengenai penggantian Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali itu..

"Kebetulan, beliau ada kawan dekat sana,” demikian respons ringkas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, dalam pertemuan itu, perbincangan mengenai Abdul Khalid ingin menduduki semula kerusi nombor satu di Selangor itu tidak timbul.

"Saya lawat Indonesia berjumpa dengan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Pengerusi Pertamina serta kalangan cendekiawan termasuk Muhammadiah, ulama dan golongan akademik untuk membincangkan perpaduan ummah di Asia Tenggara.

"Kita tidak mahu apa yang berlaku di Asia Barat berlaku di sini walaupun kita berbeza pandangan dalam kalangan kumpulan Islam dan pemerintah sendiri. Kita tetap pilih demokrasi berparlimen walaupun ada kelemahan yang kita tak setuju tapi tak sampai jadi macam Asia Barat yang ada campur tangan asing.

"Kita tak mahu campur tangan asing berlaku di negara kita, itu sebenarnya. Kita bincang itu saja tak timbul isu nak kembalikan Khalid Ibrahim‎," katanya kepada pemberita pada majlis Kongres Profesional Muslim SeMalaysia, di sini, hari ini ~ Sinar Harian

Susah juga jadi ahli politik kalau penyokongnya nak berpolitik saja..

Mengenai lima ADUN PKR yang nak melompat itu pula.. Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah juga ternganga bila ditanya mengenai perkara itu..

"Siapa mereka? Saya perlu dapatkan pengesahan terlebih dahulu.” Beliau yang ditemui selepas merasmikan Program Tampil di Dewan Pauh Jaya di sini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya perlu mengkaji dahulu dan tak rasa dakwaan itu benar," katanya. 

Demikian kenyataan ringkas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika diminta mengulas mengenai khabar angin lima Adun PKR dari Selangor bakal lompat parti dan menyokong Adun Perlabuhan Klang,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Jadi tak salahlah kalau aku kata Beruk yang menggoyangkan pokok itu... he. he..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails