Monday, April 20, 2015

Tak ada yang mati, jadi ini bukan menghasut - Wanita UMNO PJ Selatan


Kalau nak diikutkan kata bekas calon BN bagi Taman Medan ni.. peserta-peserta demo Anti GST dan lain-lain lagi yang pernah diadakan di Malaysia tak bolehlah dituduh menghasut..

Sebab katanya dalam demo yang dipimpin oleh Abang kepada Ketua Polis Negara itu tak ada sesiapapun yang mati..

Patutlah pengundi Taman Menda tak pilih dia sebagai wakil.. kurang cerdik rupanya..

Pemimpin Umno Petaling Jaya Selatan mendakwa, demonstrasi bagi membantah tindakan memasang lambang salib di sebuah gereja di Taman Medan semalam tidak patut dianggap menghasut. 
Ketua sayap Wanita Umno bahagian tersebut, Munaliza Hamzah berkata tiada seorangpun meninggal dunia atau mengalami kecederaan akibat demonstrasi semalam. 
"Walaupun kami pergi ke sana untuk berdemonstrasi, tiada seorangpun mati, tiada seorangpun cedera dan tiada seorangpun yang marah selepas itu,” katanya. 
Malah, demonstrasi oleh kumpulan anti-Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) lebih bersifat menghasut daripada demonstrasi ke atas gereja tersebut, katanya. 
Menurutnya, ia tidak bersifat menghasut kerana dialog di antara wakil gereja dan penduduk dibuat dengan sopan santun dan penuh hormat. 
“Kaim tidak lakukan apa-apa perkara menghasut. Kami cuma mahu minta tolong dari gereja untuk turunkan salib mereka,” kata Munaliza. 
"Kami cuma hantar tiga wakil untuk dialog (selepas demonstrasi) dengan kehadiran polis Cawangan Khas. 
“Kami bersopan dengan mereka, dan mereka juga begitu,” katanya yang menambah, anggota polis yang hadir pasti dalam mengesan sekiranya unsur hasutan timbul dalam demonstrasi atau dialog tersebut. 
Katanya, seorang wakil gereja bersetuju untuk menurunkan salib tersebut selepas perbincangan selama 10 minit. 
Menurutnya lagi, ini menunjukkan bahawa pihak gereja menghormati pandangan para penduduk. 
"Tidakkah meminta orang turun ke jalan untuk (membantah GST) satu perkara menghasut?,” soal Munaliza lapor Malaysiakini


Oh.. baru aku tahu.. minta tolong rupanya.. tapi kalau nak minta tolong kenapa perlu adakan demo?

Baca ni..

Dalam cadangan pindaan seksyen baharu 5(a) Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda akta tersebut, antara lain menyatakan bahawa jika seseorang dipertuduh atas kesalahan di bawah Seksyen 4(1a) dan diperakui secara bertulis oleh pendakwa raya, tiada jaminan boleh diberikan kepadanya demi kepentingan awam.  
Individu atau kumpulan yang memperalat agama bagi tujuan mencetuskan kebencian juga boleh didakwa di bawah RUU tersebut.  
Berdasarkan kandungan pindaan, perenggan baharu dalam subseksyen 3(1) Akta 15 menyebut bahawa mana-mana pihak yang mengembangkan perasaan jahat, permusuhan atau kebencian antara pihak tertentu atas alasan agama dianggap sebagai satu kesalahan.

Sepenuhnya bacalah di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails