Saturday, April 4, 2015

Sirul tak bunuh sesiapa ketika jadi bodyguard saya kata Tun Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar juga pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi beliau sebelum ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ketika berkhidmat sebagai pengawal peribadinya, bekas anggota Unit Tindakan Khas itu, tidak membunuh sesiapa.

"Orang yang dikatakan telah melakukannya (pembunuhan) adalah salah seorang pengawal peribadi saya. Sirul menjaga saya pada pada masa itu.

"Dia tak bunuh sesiapa pun ketika itu. Tak mungkin saya (yang arahkan pembunuhan itu)," katanya di majlis dialog yang dianjurkan oleh WYSG (What Youth Should Know).

Dr Mahathir merujuk kepada dakwaan Sirul bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu lapor Malaysiakini

Sementara itu The Malaysian Insider melaporkan Tun juga berkata adalah tidak adil Sirul digantung kerana dia hanya mengikut arahan..

Bekas perdana menteri itu berkata, Sirul sepatutnya dibenarkan untuk menyatakan kesnya, kerana dia sudah pun mengatakan dia tidak membunuh Altantuya atas kehendaknya sendiri.

“Dia (Sirul) sudah katakan ia bukan kehendaknya sendiri. Dia diarahkan untuk melakukannya, jadi soalan yang sepatutnya ditanya lama dahulu adalah siapa yang mengarahnya?” kata Dr Mahathir pada sebuah forum di Cyberjaya, hari ini.

“Hingga kini, masih tidak melihat tanda-tanda tentang orang yang memberikan arahan tersebut. Dia sepatutnya diberikan kebebasan untuk menyatakan kesnya kerana jika tidak dia akan digantung sampai mati.

“Itu sangat tidak adil, dia hanya mengikut arahan.”

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails