Wednesday, April 8, 2015

Sekali lagi Khairy desak Najib jawab kritikan Mahathir..


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sekali lagi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab isu dibangkitkan terhadapnya, terutama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya kenapa Najib lama berdiam, Khairy berkata beliau percaya isu itu harus disentuh.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media di Institut Sukan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

“Setiap pentadbiran berdepan sesuatu isu dari masa ke semasa. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kita menangani isu ini.

“Saya fikir perkara itu akan berlaku,” katanya.

Minggu lalu, Khairy berkata Najib sendiri harus menjawab persoalan dibangkitkan Mahathir, walaupun perkara itu mungkin telah dijawab sebelum ini.

Mahathir mulai minggu lalu mula menyerang keras Najib dalam pelbagai isu, termasuk kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kontroversi 1Malaysia Developement Bhd dan kemerosotan sokongan kepada BN.

Kritikan itu dilihat antara paling keras terhadap Najib, yang menariknya dibuat sehari sebelum ulang tahun keenam pentadbiran Najib sebagai perdana menteri pada 3 April lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails