Tuesday, April 7, 2015

Rosmah sasaran Mahathir seterusnya?


Walaupun Tun Mahathir mendesak Najib agar memberikan jawapannya kepada persoalan yang dibangkitkan beliau namun hingga ke hari ini Najib lebih selesa dengan mendiamkan diri atau buat bodoh saja..

Namun begitu ada juga yang muncul mempertahankan Najib akhirnya.. mempertahankan tanpa sebarang fakta..

Malah mendakwa Rosmah bakal menjadi sasaran Tun Mahathir selepas ini..

SELEPAS Datuk Seri Najib Tun Razak diserang dengan isu-isu seperti Altantunya, Sirul Azhar, 1MDB dan lain-lain, ramai menanti apakah atau siapakah yang akan menjadi sasaran serangan Tun Mahathir ke atas Najib selepas ini? 
Jika Mahathir menggunakan modus operandi yang sama untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu – dengan menjadikan menantunya Khairy Jamaludin sebagai sasaran, penulis menjangka fokus serangan Mahathir selepas ini adalah kepada kaum keluarga Najib atau lebih tepat lagi isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansur. 
Soal ada bukti atau tidak itu belakang kira kerana jika isunya bukti, Mahathir tidak akan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantunya kerana perkara itu telah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan. Muat turun penghakiman, dapatlah jawapan, Najib apa kena mengena dalam hal itu? 
Tapi sebagai mana yang dikatakan tadi, isunya bukan bukti tapi mencipta persepsi buruk terhadap Najib dengan menggunakan isterinya. 
Sudah tentu Mahathir tidak akan menyentuh soal aurat Rosmah atas sebab yang begitu ketara sekali, sebaliknya dakwaan campur tangan Rosmah dalam urusan pentadbiran negara dan parti – isu yang sebenarnya telah dibangkitkan pembangkang sejak sekian lama, Mahathir cuma hijack di tengah-tengah. 
Buktinya, hari inipun pelbagai cerita baik mengenai isteri beliau, Tun Hasmah Mohamad Ali yang tidak pernah mencamnpuri urusan pentadbiran sepajnjang 22 tahun berkuasa, sudah mula disebarkan para penyokong Mahathir di media sosial. Untuk apa semua ini kalau bukan untuk dibandingkan dengan Rosmah nanti? 
Sekiranya apa yang penulis jangka ini benar-benar berlaku dan Rosmah benar-benar menjadi sasaran, maka ingatlah bahawa itu tidak lebih dari permainan politik Mahathir sebagai balasan kerana Najib enggan menjadi bonekanya – tidak lebih dan tidak kurang, bukan kerana Mahathir benar-benar bencikan Rosmah. 
Macam Sirul dan Altantunya jugalah, bukan ada apa kepentingan dua orang itu kepada Mahathir pun tapi sebab boleh kenakan Najib, jadi penting jugalah, waima dah hampir 10 tahun mati (Altantunya) dan Mahkamah dan memutuskan sebagai bersalah (Sirul). 
Ia sebenarnya tidak jauh beza dari kritikan bertalu-talu Mahathir terhadap Khairy Jamalaudin dulu sehingga ramai orang naik menyampah. 
Kalau dibaca mood pada waktu itu, iblis benar nampaknya menantu Paklah tu di mata Mahathir, tapi hari ini kita semua lihatlah, siapa sarung jersi pada siapa? 
Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails