Wednesday, April 29, 2015

Rakyat tak perlu MP hanya sesekali jenguk kawasan kata Muhyiddin.. oh.. dari PR tak boleh.. dari BN tak apa rupanya..


Dah jadi Timbalan Perdana Menteri pun tak tahu bidang tugas sebenar seorang Ahli Parlimen rupanya Muhyiddin Yassin ni..

Sama saja pemahamannya dengan macai-macai yang ada dalam membezakan antara bidang tugas Ahli Parlimen dengan bidang tugas ADUN..

Ada beza tu Muhyiddin.. tugas menjaga kawasan ialah tugas ADUN-ADUN bukannya tugas Ahli Parlimen..

Tugas Ahli Parlimen ialah menggubal dasar-dasar Kerajaan..  bukannya jaga Kawasan..

Muhyiddin mungkin dah lupa.. Kerajaan Barisan Nasional sendiri pernah melantik seorang Ahli Parlimen sebagai Duta ke US..

Jadi berapa kali setahun agaknya Duta itu pulang menjenguk rakyat di kawasannya?.. Atau kerana dia dari UMNO itu tak mengapa.. cuma tak boleh kalau dia dari PR..

Laporan berkaitan..

BUTTERWORTH - Penduduk Permatang Pauh memerlukan wakil rakyat sepenuh masa yang boleh menyelesaikan masalah rakyat, bukannya ahli parlimen yang hanya sesekali berada di kawasan itu. 

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ahli parlimen atau wakil rakyat yang hanya sesekali menjenguk kawasan tidak boleh membantu menyelesaikan masalah penduduk di sesebuah kawasan. 

"Kalau saya jadi penduduk Permatang Pauh saya perlukan wakil saya berada di sini. Tanyalah sesiapa sahaja yang berada di Permatang Pauh... apakah mereka mahu wakil rakyat mereka yang menjaga di Kajang lepas itu sebulan sekali datang ke sini," kata timbalan perdana menteri kepada pemberita di sini, hari ini. 

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Sin Tze Tzin berkata, soal Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi khidmat sebagai wakil rakyat di dua kawasan berbeza bukan menjadi isu kepada parti itu. 

Malah, katanya, Presiden PKR itu selaku calon PRK Parlimen Permatang Pauh yang juga Adun Kajang di Selangor masih boleh memberi perkhidmatan baik kepada penduduk Kajang dengan bantuan kerajaan pimpinan PKR di Selangor lapor Sinar

Siapa yang dah lupa tentang individu yang masih memegang jawatan Ahli Parlimen kemudiannya dilantik sebagai Duta ke US itu.. silalah lihat di SINI dan juga SINI


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails