Monday, April 6, 2015

Proton setanding BMW kata Menteri


Kemampuan kereta nasional Proton adalah setanding dengan kereta import terkemuka seperti BMW dan Volvo.

Pengesahan itu berdasarkan penarafan lima bintang daripada Asutralasian Car Assesment Program (ANCAP) dan ASEAN NCAP selepas menilai ciri-ciri keselamatan dan teknologi yang dimilikinya.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, model baharu kereta yang dihasillkan Proton berjaya mempamerkan kemajuan teknologi, mutu dan prestasi setanding dengan kualiti kereta yang diimport.

“Semua ini membuktikan betapa model-model kereta Proton setaraf dengan model-model yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar terkemuka seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda,” katanya.

Menurut beliau, teknologi Lotus yang mengetengah gaya pemanduan selesa dan kawalan tepat diterapkan dalam teknologi pembuatan kereta nasional telah melonjakkan prestasinya.

Model seperti Preve, Suprima S dan Iriz yang dilengkapi teknologi keselamatan dengan sistem brek cegah kunci (EBS), pengagihan daya brek elektronik (EBD), brek pembantu (BA) kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) meletakkan kualiti Proton sebaris dengan pengeluar kereta tersohor dunia.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar berhubung kemampuan kereta nasional bersaing dengan kereta import.

Dalam soalan yang sama, wakil DAP turut bertanya mengenai tempoh menunggu selepas pembeli membuat tempahan.

Menurut Mustapa, kebanyakannya mengambil masa antara satu hingga satu setengah bulan lapor Free Malaysia Today


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails