Wednesday, April 29, 2015

Patutlah depa berebut nak jadi calon.. banyak peruntukan rupanya..


Apa yang perlu kita faham dari kenyataan Zahid ini ialah JIKA calon BN di Permatang Pauh menang dalam PRK kali ini..

Jadi tak hairanlah jika ada pihak mengatakan telah berlaku krisis dalam menentukan nama Calon untuk BN di Permatang Pauh ini..

Dan ada pihak juga mengatakan yang dicalonkan itu adalah kroni pihak tertentu yang masih boleh diperkudakan mereka..

Peruntukan banyak... maka projek pun banyaklah..

Inilah yang dikatakan keikhlasan dalam UMNO...


Laporan berkaitan...

Pengarah PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan meminta peruntukan lebih untuk pembangunan kawasan Parlimen ini jika pengundi memberi peluang kepada calon BN, Suhaimi Sabudin 7 Mei nanti.  
Katanya, setiap ahli Parlimen yang mewakili BN akan diberi peruntukan RM5 juta oleh kerajaan pusat bagi pembangunan serta perbelanjaan lain termasuk kebajikan rakyat.  
"Saya akan meminta peruntukan lebih daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kepada Suhaimi kerana penduduk Permatang Pauh sudah tunggu lama untuk pembangunan dan membaiki kemudahan infrastruktur," katanya.  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Transformasi Komuniti Bergerak untuk penduduk Permatang Pauh di Kampung Belah Dua, di sini hari ini.  
Ahmad Zahid berkata, pengundi Permatang Pauh harus 'mencuba' keikhlasan Suhaimi untuk berkhidmat tiga tahun selepas 17 tahun mereka menyokong pembangkang tetapi tidak mendapat apa-apa pembangunan.  
Berdasarkan pemerhatiannya setelah seminggu berkampung di sini, Ahmad Zahid berkata penduduk Permatang Pauh khususnya di kawasan pinggir bandar dan kampung sememangnya dahagakan kemajuan dan inginkan pembelaan wakil rakyat terhadap golongan miskin tegar.  
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata selepas penamaan calon sehingga pagi tadi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan yang boleh membawa kepada siasatan dan penangkapan bagi kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.  
Beliau berkata pihaknya telah memberi nasihat kepada jentera BN supaya menjaga tingkah laku dan lebih berdisplin sepanjang tempoh berkempen dan mengingatkan penyokong tidak melakukan atau menyambut provokasi mana-mana pihak lapor Sinar


Permatang Pauh tak dapat apa-apa pembangunan?.. Apa yang boleh MP dari PKR lakukan dengan peruntukan RM200,000 setahun tu Zahid?

Tapi kalau Zahid kata Permatang Pauh tak ada pembangunan.. cuba dengar pula apa pembangunan yang ada di Permatang Pauh menurut Ahmad Maslan di SINI


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails