Monday, April 13, 2015

Oh.. patutlah gaji MP dinaikkan.. terendah di Dunia rupanya..


Kenaikan gaji dan elaun Ahli Majlis Dewan Negara yang diumumkan minggu lalu, dibuat dengan mengambilkira pelbagai faktor termasuk perbandingan dengan negara serantau.

Presiden Majlis Senator Malaysia, Tan Sri Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman, menegaskan dengan mengambil kira komitmen dan sumbangan yang diberikan, kenaikkan gaji Dewan Negara daripada RM7,000 kepada RM11,000 sebulan yang telah diluluskan Dewan Rakyat amat berpatutan.

“Kita tidak akan minta apa yang tidak berpatutan tetapi hanya mahu mengatakan gaji ahli Dewan Negara adalah yang terendah di negara kalau nak dibandingkan dengan Cambodia sebagai contoh”, katanya.

Khamis lalu, Dewan Negara meluluskan kenaikan gaji dan elaun ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara termasuk Speaker dan Timbalan Speaker mencecah 40 peratus.

Kenaikkan itu akan memberi tambahan kepada belanjawan negara sebanyak RM17.2 juta setahun.

Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 itu telah dilulukan di Parlimen. Perkara itu dipersetujui oleh kesemua ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang selepas dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam sidang media yang sama, Abdul Rahim turut membidas tindakan segelintir pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad apabila terus menerus membuat kritikan kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya hendak menekan disini, Majlis Senator Melaysia memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan tetap berada di belakang Najib.

“Bagi kami kritikan tersebut adalah tidak berasas dan tindakan tersebut dibuat adalah untuk memburukkan imej Perdana Menteri sahaja,” katanya.

Tambahnya , kritikan yang dibuat kepada Najib tidak seharusnya dibangkitkan lagi, kerana Perdana Mneteri sendiri telah memberi penerangan secara jelas kepada semua rakyat berhubung isu yang telah dibangkitkan.

“Jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang telah diberi Najib, terpulang kepada hak masing-masing kerana bagi kami perdana menteri telah memberi jawapan secara jelas berhubung isu yang bebangkit,” akhirnya lapor FreeMalaysiaToday


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails