Thursday, April 30, 2015

Harga minyak kekal bagi Mei.. err.. sebab ada PRK ke?


Bagus juga ada Pilihanra Kecil ni.. selain dari projek-projek segera yang dilonggokkan di kawasan yang ada Pilihanraya Kecil tu, yang dijangka naik harga pun tak naik..

Kalau naik jugak teruklah jentera Pilihanraya mereka nak memperbodohkan rakyat lagi.. isu GST pun tak tertepis takkan nak tambah lagi isu?

Sebelum ini Sinar Online melaporkan..

"Tunggu malam inilah, lagi dua jam saja, harga yang baru kita tidak boleh cakap sekarang, tunggulah".

Demikian respon Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad ketika ditanya mengenai khabar angin kenaikan harga minyak RON95 yang dikatakan akan mengalami kenaikan sehingga RM0.20 iaitu dari RM1.95 seliter ke RM2.15 seliter sepertimana yang tersebar di media sosial.

Mengulas lanjut Alias berkata, untuk mengetahui sama ada khabar angin itu benar atau tidak beliau tegaskan bahawa semua pihak harus menunggu kenyataan rasmi daripada KPDNKK malam ini.

"Hendak tahu benar tidak benar kamu (Sinar Online) tunggu malam ini, ada perutusan, tunggu kita akan sampaikan," katanya ketika dihubungi Sinar Online.,

Sementara ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal yang mengatakan harga minyak RON95 akan naik, beliau menafikan perkara tersebut.

"Tiada siapa (dari pihak KPDNKK) yang cakap, dia cuba buat provoktif, " katanya.

Kemudiannya Bernama melaporkan..

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Bernama hari ini.

Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei.

Bulan June ni kalau tak ada PRK lagi... siaplah..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails