Thursday, April 30, 2015

Calon BN Permatang Pauh akui BN tak akan tunai janji kalau kalah.. (Video Inside)


Barisan Nasional (BN) tidak akan menunaikan janji yang dibuat kepada kaum India di Permatang Pauh sekiranya kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen itu, pada 7 Mei ini.

Ingatan itu diberikan oleh calon BN, Suhaimi Sabudin dalam temubual eksklusif bersama KLXpress yang dimuat turun di Youtube.

Suhaimi berkata, pengundi India di Permatang Pauh telah berjanji untuk memberi 60 peratus undi kepadanya.

“Sekiranya tiada apa-apa keputusan yang memenangkan saya, mungkin janji-janji yang diminta itu tak perlulah ditunaikan,” katanya.

Dia berkata, terdapat kira-kira 4,500 pengundi India di Permatang Pauh, 16,000 pengundi Cina dan 51,000 pengundi Melayu.

Suhaimi berkata, dia seorang yang boleh dipercayai kerana tidak pernah menukar nombor telefon sejak 1998.

“Orang yang selalu tukar nombor telefon mungkin ada alasannya,” katanya sambil menambah kemungkinan orang itu cuba melarikan diri daripada pengutip hutang.

Dia berkata, perkara ini (kekal nombor telefon) penting kepada peniaga-peniaga Cina kerana ia membuktikan orang itu tidak membuat salah dan boleh dipercayai.

Suhaimi berkata, jika menang PRK ini, beliau akan membawa pulang peruntukkan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan ke Permatang Pauh walaupun tempoh mandat hanya tiga tahun.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (PRM) dan Isahak Salleh (Bebas) lapor Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails