Sunday, April 12, 2015

Cadangan bodoh Ahmad Maslan dikritik pelajar Universiti..


Dalam cubaannya untuk memperbodohkan rakyat suatu masa yang lalu Menteri dari UMNO/BN ini pernah mengatakan GST yang akan dilaksanakan tidak akan membebankan rakyat..

Tiba-tiba semalam dalam satu program di UiTM, Ahmad Maslan menyarankan para pelajar UiTM supaya memasak bagi mengelakkan beban GST.

Persoalannya jika dulu GST dikatakan tidak membebankan olehnya.. kenapa perlu memasak untuk mengelak bebanan GST?

Secara tak langsung beliau akui GST memang membebankan rakyat dan dalam masa yang sama beliau sekali lagi mempamirkan kebodohannya..

Sebab mana ada U atau Kolej yang membenarkan para pelajarnya memasak?

Saranannya itu dikritik oleh para pelajar sendiri..

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dikiritik apabila menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar.

Saranan ini diberi beliau bertujuan bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar. Saranan tersebut dilakukan di dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu.

Namun begitu, rata-rata pelajar universiti berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar ini untuk masak di dalam kampus.

Malah ada pelajar berkata peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus.

Lagi lihatlah di SINI

Betullah orang kata.. Pemimpin yang bodoh datangnya dari pengundi yang bodoh....



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails