Friday, April 10, 2015

Bila Pak Lah terbangun dari tidurnya.. lain yang Mahathir tanya, lain yang dia jawab...


Pak Lah ni mungkin baru bangun dari tidurnya.. sebab lain yang ditanya oleh Tun Dr. Mahathir lain pulak yang dijawabnya..

Dr. Mahathir bertanya siapakah yang mengeluarkan perintah kepada Sirul Azhar Umar dan rakannya Azilah Hadri supaya Altantuya di bunuh?

Sebab beliau hanya mahu tahu siapa mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang menimbulkan syak wasangka di kalangan masyarakat.

Baginya “Ini bukan masalah (kes pembunuhan) lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh.

“Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

Tiba-tiba Pak Lah pulak yang menjawab..

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini mempertahankan penggantinya, mengatakan Datuk Seri Najib Razak tidak ada kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapor portal The Star Online.  
Katanya, beliau dimaklumkan mengenai hasil siasatan polis berhubung kes pembunuhan yang berlaku pada 2006 itu.  
"Berdasarkan penemuan daripada siasatan menyeluruh yang dijalankan Polis Diraja Malaysia yang disampaikan kepada saya, disahkan yang Najib tidak ada kaitan sama sekali dengan kes itu," beliau dipetik berkata oleh The Star.  
Bekas komando polis Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada bulan Januari tahun ini.  
Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang individu kepercayaan Najib, yang juga didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri.  
Kerajaan tidak merayu terhadap pembebasannya. Walaupun sabit kesalahan, motif pembunuhan Altantuya itu tidak pernah didedahkan.  
Sirul, yang ketika ini ditahan pihak berkuasa imigresen Australia di Sydney, mendakwa beliau bertindak menurut arahan daripada pihak atasan apabila membunuh Altantuya.  
Akibatnya, ahli politik termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menuntut pihak polis untuk membuka semula kes itu.  
Keterangan dalam mahkamah mendedahkan Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar raya Shah Alam lapor The Malaysian Insider

Kenapa Pak Lah kaitkan nama Najib?.. sedangkan Mahathir cuma bertanya siapa arah Altantuya dibunuh?

Hmmm... tidurlah Pak Lah...


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails