Tuesday, April 7, 2015

Bila dah Bodoh.. propagandanya pun bodohlah... tengok surat ni..


Surat ni telah disebarkan melalui beberapa group WhatsApp dan juga Facebook.. kononnya ia adalah arahan dari Rafizi kepada semua ahli PKR supaya menyokong calon yang telah ditetapkan untuk PRK Permatang Pauh yang akan datang ini..

Tujuannya tak lain dan tak bukan selain dari memanaskan keadaan semasa hanyalah untuk melaga-lagakanpenyokong PKR dan PAS di Permatang Pauh..

Ini kerana antara isi kandungan surat itu ialah... "Dijangka parti PAS tidak akan memberi sebarang sokongan semasa PRK ini berlangsung dan PKR tidak akan memohon sebarang bentuk sokongan dari parti PAS bagi tujuan kempen PRK ini.."

Ianya ternyata palsu bilamana individu yang menyebarkan surat itu didapati 'Kurang bijak' atau dalam lain ayat.. BODOH!

Kebodohannya ternyata bilamana jika diperhatikan pada 'Rujukan kami' tertera surat tersebut asalnya dikeluarkan pada tahun 2011 bukannya 2015.

Kebodohannya juga terserlah bila arahan yang dikeluarkannya mengarahkan semua 'Ketua Cabang PKR', sedangkan PRK akan berlangsung hanya di Permatang Pauh.. dan Cabang yang terlibat sepenuhnya hanyalah Cabang Permatang Pauh..

Jadi apa perlunya dikeluarkan arahan kepada semua Ketua Cabang?


Bila dah bodoh... macam tu lah..

Surat ini juga disahkan palsu oleh Rafizi Ramli..

... PKR menafikan sekeping surat yang kini berlegar di media sosial mendakwa parti itu meminta sokongan kepada ahlinya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Nuha Anwar sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menggesa orang ramai agar tidak mempercayai kandungan surat palsu itu yang dikatakan merupakan agenda musuh parti.

"Surat ini adalah palsu dan sering digunakan sebagai propaganda oleh musuh kami. "Jangan mudah percaya," katanya melalui Twitter @rafiziramli hari ini.

Surat palsu yang bertarikh hari ini dan ditandatangani oleh Rafizi itu menggesa ahli parti menyokong Dr Wan Azizah dan Nurul Nuha Anwar sebagai calon untuk PRK Parlimen Permatang Pauh.

Surat yang ditujukan kepada ketua cabang PKR itu menyatakan arahan untuk menyokong dua calon berkenaan datangnya dari Dr Wan Azizah berdasarkan satu pertemuan tertutup yang sudah dimuktamadkan.

"Semua ahli perlu memberi sokongan penuh kepada bakal calon tanpa sebarang bantahan.

"Dijangka parti PAS tidak akan memberi sebarang sokongan semasa PRK ini berlangsung dan PKR tidak akan memohon sebarang bentuk sokongan dari parti PAS bagi tujuan kempen PRK ini," menurut surat palsu itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh PRK Permatang Pauh pada Rabu selepas penyandang kerusi berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen.

SPR juga akan membincangkan tarikh penting seperti hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian biasa.

"Selain itu, mesyuarat juga akan membincangkan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan," kata SPR.

Lembaga Pengampunan sebelum ini menolak petisyen pengampunan yang dikemukakan Dr Wan Azizah selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan lapor The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails