Tuesday, April 14, 2015

Baru aku tahu.. Pemuda UMNO pun tak percaya cakap Najib dalam isu 1MDB..


Baru semalam Najib dijulang riuh rendah oleh Pemuda-pemuda UMNO sebagai tanda sokongan terhadapnya dalam menghadapi serangan Mahathir.. tapi hari ini dah keluar kenyataan seolah-olah tidak percaya kepada Najib..

KJ semalam menyatakan bahawa sokongan Pemuda bukan membuta tuli tanpa sebab yang menurutnya berpuas hati dengan penjelasan PM tentang isu yang menjadi pertikaian seperti 1MDB, Altantuya, GST, Jambatan Bengkok, Pesawat Kerajaan.

Sokong tersebut dizahirkan oleh semua Ketua Pemuda Bahagian UMNO seluruh negara di PWTC maka dengan itu mereka menjulang Najib riuh rendah..

Tapi hari ini.. setelah dikatakan faham dan jelas dengan isu 1MDB yang diterangkan Najib kepada mereka.. mereka mahu Jho Low disiasat pula..

Ahli perniagaan Low Taek Jho perlu disiasat dan dikenakan tindakan jika bukti menunjukkan beliau terlibat dalam penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Exco Pemuda Umno Ibdillah Ishak.  
Merujuk laporan muka depan akhbar The Edge Financial Daily (TEFD) hari ini, beliau berkata, Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, tidak perlu menuduh Umno yang memutarbelitkan isu berhubung syarikat pelaburan strategik negara itu dan melabelkan parti itu sebagai “spin masters”.

"Persoalan yang timbul ialah siapakah Jho Low untuk seolah-olah mempersalahkan Umno dan melabel pemimpin Umno sebagai 'spin masters'?  
"Siapakah individu ini untuk berkata sedemikian? Apakah Jho Low benar-benar terlibat dan berasa bersalah dalam kontroversi besar ini?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini. 
Ibdillah mengulas wawancara Jho Low dengan majalah perniagaan Euromoney, yang dikeluarkan dalam bentuk “teaser” oleh TEFD hari ini, memetik ahli perniagaan kontroversi itu mengatakan, “Those Umno guys are spin masters" (Orang Umno itu kaki putar belit).  
Katanya, siasatan audit yang menyeluruh dan telus perlu dibuat segera tanpa melindungi kepentingan mana-mana pihak.  
Tambahnya, hasil siasatan terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan itu amat penting kerana ia dijadikan kayu ukur kelangsungan Umno itu sendiri.  
"Jho Low harus disiasat, dan jika beliau terbukti bersalah, perlu juga diambil tindakan! 
"Janganlah baling batu sembunyi tangan, Jho Low. Tak perlu untuk fitnah pemimpin Umno apabila sedang berdepan masalah yang besar. Seolah-olah Jho Low mahu melepaskan tengkuk beliau sahaja." sepenuhnya sila baca di SINI

Mungkin ketika Najib menjelaskan tentang isu 1MDB, mamat yang keluarkan kenyataan mahu Jho Low ini disiasat sedang leka melayari Facebook atau WhatsApp.. jadi dia langsung tak dengar apa Najib jelaskan tu..

Lepas tu bila semua orang bertepuk tangan.. dia pun bertepuk tangan sama kemudian sama-sama menjulang Najib..

Sebabnya ialah Najib pada 16 March 2015 telah menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Dr Tan Kee Kwong mengenai Jho Low ini..

Tan dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan adakah wujud sebarang urus niaga atau kaitan antara 1MDB dan Jho Low?

Najib dalam jawapan bertulis di Parlimen berkata, segala urusan keputusan dan urus niaga syarikat yang dibelenggu hutang itu dibuat oleh pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah 1MDB.

"Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB,"


Mungkin penjelasan Najib agak komplikated hingga mamat tu tak faham kot?.. atau dia faham tapi tak percaya apa yang Najib jelaskan..

Kalau dia percaya tentu dia tak minta Jho Low disiasat sebab kan Najib dah kata Jho Low tak terlibat dengan 1MDB....


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails