Friday, April 3, 2015

Bapa borek anak rintik.. inilah dia..


Peribahasa "Bapa borek anak rintik" sinonim dengan masyarakat kita, yang bermaksud segala bentuk sifat dan perbuatan bapa diwarisi oleh anak.

Sama juga dengan "Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi".. juga membawa maksud yang hampir sama iaitu sifat seseorang bapa sedikit sebanyak diikuti oleh anaknya..

Contoh ayat.. Bakat Nedim kata kat orang tanpa beralas bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana ayahnya juga sering berkata sedemikian..

Laporannya...

PETALING JAYA: Nedim Nazri, kekasih kepada pelakon Nora Danish menyelar editor majalah kerana tidak menggunakan otak apabila menggunakan gelaran atau pangkat sesuka hati.

Anak kepada Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz, menerusi akaun Instagram berkata editor majalah yang dimaksudkan itu sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menggunakan gelaran itu.

Tanpa menjelaskan dengan lebih terperinci editor majalah berkenaan, dia meminta, editor supaya merujuk kepada undang-undang sama ada seseorang itu layak untuk menggunakan gelaran atau pangkat.

Nedim memuatnaik status itu kerana tidak puas hati dengan dua editor majalah yang menggunakan gelaran Datin Seri sesuka hati.

Dia berkata, hanya isteri pertama sahaja yang layak menggunakan gelaran atau pangkat tetapi tidak bagi isteri kedua, ketiga atau keempat.

“Saya pelik ramai sangat wanita desperate nak mengaku datin Seri and all, yang majalah-majalah ni pun satu, nampak sangat kebodohan mereka menggunakan ‘salutation’ pangkat tanpa sebarang penyelidikan.

“Sila check undang-undang menggunakan pangkat, yang nombor 2 ke 3 atau ke-4 tidak layak sama sekali menggunakan salutation tersebut.

“Harap pencerahan ini digunakan dengan bijak oleh magazine low standards di Malaysia. Kepada editor guna la otak dengan bernas. Only no 1 is the real Deal!,” tulis Nedim.

Dia bagaimanapun menjelaskan teguran itu tidak merujuk kepada semua majalah di Malaysia tetapi dua majalah yang menyiarkan artikel menggunakan gelaran yang tidak sepatut dipakai.

Nedim menasihatkan editor-editor supaya memeriksa dan mengesahkan sebelum membenarkan sesiapa saja menggunakan gelaran itu.

Dia turut mengingatkan supaya jangan mengaitkan kenyataan ini dengan orang lain di sekelilingnya lapor Free Malaysia Today



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails