Monday, April 27, 2015

Anwar Ibrahim dah tak layak mengundi kata SPR


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini berkata, sebagai banduan yang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat, Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengundi.

"Jika ikutkan Artikel 119(3)(a) Perlembagaan Persekutuan, Anwar hilang kelayakan untuk membuang undi pada pemilihan ini.

"Artikel itu jelas menyebut bahawa seseorang individu hilang kelayakan sebagai pengundi dalam mana-mana pemilihan kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) jika sedang menjalani hukuma penjara.

"Maka, SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan hari ini," katanya.

Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semalam meminta Anwar yang kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun dibenarkan mengundi pada PRK Parlimen Permatang Pauh.

Kata Nurul Izzah, ia merupakan susulan daripada rancangan Kementerian Dalam Negeri yang mempertimbangkan untuk membenarkan banduan melaksanakan hak mengundi. - Malaysia Gazette.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails