Wednesday, April 22, 2015

Ahmad Maslan dedahkan bukan kerana GST harga barang naik..


Datuk Ahmad Maslan mendakwa peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan adalah peniaga yang menyokong pakatan pembangkang.

Timbalan Menteri Kewangan itu mendakwa, peniaga pro pembangkang sengaja berbuat demikian supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, tindakan peniaga itu hanyalah bertujuan mahu mengagalkan hasrat baik kerajaan BN melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Peniaga-peniaga yang sokong pembangkang tidak akan jayakan inisiatif baik kerajaan BN. Mereka suka ‘sabotaj’ ekonomi negara ini,” katanya di status Facebook.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pelaksanaan GST adalah telus kerana ia dimasukkan dalam resit tiap kali membeli berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tidak telus kerana ia telah termasuk dalam harga barang harga yang rakyat Malaysia tidak perasan.

“Rakyat Malaysia tiba-tiba menjadi tambah celik kewangan bermula (1 April). Dulu tidak pernah simpan resit barang-barang yang dibeli, sekarang dibaca, disimpan dan di WhatsApp ke seluruh dunia,” katanya.

Ahmad Maslan sekali lagi menegaskan, tidak semua barang dikenakan GST, apabila peniaga yang pendapatan kurang RM500,000 setahun tidak dikenakan GST, malah perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, sewa rumah dan urusan kerajaan juga sifar GST.

Tegas Ahmad Maslan, beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya beliau berhenti bercakap dan menghapuskan GST, kerana tindakan sedemikian akan memberikan kemenangan kepada pembangkang untuk terus merosakkan minda rakyat.

“Saya tidak akan berhenti menjelaskan yang GST lebih baik daripada SST. Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dlm twitter @ahmadmaslan,” katanya lapor FreeMalaysiaToday


Kah.. kah.. kah.. salah Pembangkang.. nasib baik Anwar Ibrahih dah duduk dalam.. kalau tak tentu Anwar Ibrahim yang dipersalahkan..

Tapi Ahmad Maslan... Jumat Idris ni MP dari Pembangkang ke?




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails