Tuesday, April 14, 2015

1MDB: Orang UMNO kaki belit kata Jho Low


Najib mungkin sudah boleh tersenyum kerana sudah ada individu yang boleh di Kambing Hitamkan dalam isu 1MDB,,

Dia tak perlu pening untuk memikirkan apa alasan yang sesuai untuk menjawab kritikan Mahathir sebab KJ dah menemui individu yang sesuai untuk di 'Kambing Hitam' kan..

Ya lah.. nak perbodohkan Mahathir bukannya semudah nak perbodohkan macai..

Dalam isu 1MDB Mahathir menegaskan, tuduhan penyelewangan dalam urusniaga berbilion ringgit Jho Low dibuat dengan bukti-bukti yang jelas.

Tuduhan ini kata Mahathir, tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

Mahathir membangkitkan pelbagai persoalan kritikal tentang urusniaga 1MDB termasuk perihal bayaran US$700 juta yang kononya dibayar kepada PetroSaudi dan menuntut bukti kesahihan wujudnya aset syarikat itu sebenarnya sebelum termeterainya perjanjian usahasama atau joint-venture dengan 1MDB.

Pendedahan sebuah badan Whistleblower dengan bukti-bukti dokumentasi, dana tersebut sebaliknya dibayar ke sebuah akaun "SwissBank" milik Good Star Limited Low Taek Jho atau Jho Low.

Begitu juga halnya dengan urusniaga pengambilalihan 1MDB, melalui anak syarikatnya Javace Sdn Bhd, ke atas sebuah syarikat bekas ketua menteri Sarawak Tun Taib Mahmud, Utama Banking Berhad (UBG).

Pembelian melibatkan dana RM1.4 bilion itu menggunakan dana milik 1MDB sebanyak RM850 juta.
Juga turut dipertikaikan adalah kekayaan Jho Low serta hubungkaitnya dengan kemewahan anak tiri Najib, Riza Aziz, yang juga terlibat dalam ratusan juta ringgit urusniaga termasuk penerbitan filem, "Wolf of the Wall Street" dan perolehan pangsapuri-pangsapuri mewah di New York dan Hollywood..

Laporan berkaitan...

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendesak pihak berkuasa menyiasat ahli perniagaan Jho Low, yang baru-baru ini memberitahu majalah perniagaan Euromoney bahawa “orang-orang Umno pakar putar belit”.

Menulis di Twitter, Khairy berkata Pemuda Umno menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu siasatan dibuat terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Low.

Tweet itu turut memaparkan muka depan The Edge Financial Daily hari ini, yang memetik Low membuat kenyataan sama.

Wawancara itu dijalankan oleh Euromoney untuk keluaran April. Low memberitahu Euromoney, walaupun 1MDB mendapatkan nasihatnya dalam hal tertentu, beliau tidak mendapat manfaat dan tiada peranan langsung dalam syarikat itu.

Kata-katanya, satu-satunya kaitannya apabila beliau membantu menubuhkan Terengganu Investment Authority (TIA) – sebelum berupah kepada 1MDB.

Low berkata beliau turut menjadi sasaran dalam cubaan mengubah perhatian daripada keputusan teruk dibuat syarikat itu.

“Saya sangat kecewa... Saya tak pernah hadapi serangan sebegini daripada segenap penjuru.

“Ini gila, dan orang Umno ini pakar putar belit, mereka tahu semua ini mengarut,” katanya.


Lapor Malaysiakini lagi..

Kecewa menjadi mangsa serangan, ahli perniagaan Jho Low mendakwa sesetengah pihak dalam Umno memainkan unsur perkauman untuk memberi gambaran “budak Cina curi wang dan gunakannya beli arak”.

Dalam wawancaranya dengan majalah perniagaan Euromoney, beliau berkata telah digambarkan sebagai individu utama yang menukar Terengganu Investment Authority (TIA) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya lima lagi anggota lembaga TIA dan penasihat-penasihat seperti Goldman Sachs, JPMorgan, Boston Consulting dan McKinsey sebaliknya tidak diteliti.

Low juga menyelar apabila tindakannya berparti dan hubungannya dengan Hollywood dieksploitasi oleh pengkritik.

“Saya buat duit dan saya belanjakannya, itu saja: 'Oh, dia sudah tentu buat duit daripada TIA/1MDB'. Maksud saya semua itu hanyalah tuduhan.

“Dan kerana semua gambar saya dan Paris Hilton minum dan semua itu, kemudian kata kepada bumiputera: 'Oh, budak Cina curi wang dan belanja untuk arak'.

“Dan saya sudah tentu orang yang paling bodoh jika benar-benar buat duit daripada kerajaan dan belanja macam esok nak kiamat, itu perkara paling bodoh kamu akan lakukan,” katanya...


Komen di bawah ni aku petik dari Blog Din Turtle ..

Sepatutnya masa soal jawab aritu soalan pasal jho low ni wajib ditanya. 
TV3: Jho Low dikaitkan dengan skandal 1MDB. Terdapat tuduhan mengaitkan jho low dengan salah laku dana 1MDB.. emm Datuk Seri kenal atau tidak individu bernama Jho Low ini? 
Ah jib gor: 1MDB mempunyai aset berbilion ringgit yang melebih inilai hutangnya. Jika aset ini dicairkan, maka hutang 1MDB dapat dibayar. Kerajaan hanya membayar rm1 juta sebagai modal permulaan. Saya tidak terlibat dalam perjalanan urusan harian 1MDB.
TV3: Errrr.. ok Datuk Seri soalan seterusnya.. 
-------------------------------------------------- 
Sepatutnya begini: 
Sepatutnya masa soal jawab aritu soalan pasal jho low ni wajib ditanya. 
TV3: Jho Low dikaitkan dengan skandal 1MDB. Terdapat tuduhan mengaitkan jho low dengan salah laku dana 1MDB.. emm Datuk Seri kenal atau tidak individu bernama Jho Low ini? 
Ah jib gor: 1MDB mempunyai aset berbilion ringgit yang melebih inilai hutangnya. Jika aset ini dicairkan, maka hutang 1MDB dapat dibayar. Kerajaan hanya membayar rm1 juta sebagai modal permulaan. Saya tidak terlibat dalam perjalanan urusan harian 1MDB. 
TV3: Tahniah dan syabas Datuk Seri suatu penjelasan yang sangat mantap yang memberikan pencerahan yang sangat terang bederang yang begitu memberi pemahaman yang sangat mendalam kepada saya sebagaimana fahamnya 154 Ketua Bahagian UMNO yang berjumpa dengan Datuk Seri sebelum ini, syabas dah tahniah saya ucapkan, Datuk Seri memang hebat.

Itulah yang patutnya dijawab oleh moderator TV 3 itu, menjadi pengampu dan terus mengampu.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails