Saturday, March 28, 2015

#KitaLawan: Ramainya Polis dikerah untuk menahan Tian Chua...


Nampak macam tak wajar langsung, 20 anggota Polis dikerah untuk menahan Tian Chua.. tapi mungkin pihak Polis ada alasan mereka yang tersendiri..

Mungkin ini antara langkah keselamatan yang perlu diambil bagi menghadapi Tian Chua.. kalau pergi setakat seorang dua mungkin akan digigit Tian Chua.. pergi ramai sikit tak tergigitlah Tian Chua.. he..he..

Apa apa pun.. persoalannya kenapa perlu dikerah terlalu ramai anggota Polis untuk menahan seorang individu?..

Adakah Tian Chua terlalu merbahaya?.. atau adakah Tian Chua dikelilingi pengawal peribadi yang hebat-hebat belaka?

Laporan berkaitan.. Naib Presiden PKR Chua Tian Chang ditahan polis menjelang perhimpunan #Kitalawan yang akan diadakan di Kuala Lumpur petang ini.

Chua ditahan selepas selesai mesyuarat bersama penduduk di kawasan Parlimennya di Batu, Kuala Lumpur.

"Sebilangan 20 anggota polis menahan saya di Dewan Komuniti Kg Batu Muda, sebaik saja saya keluar dari town hall meeting. #KitaLawan," tulis Chua yang dikenali sebagai Tian Chua melalui akaun Twitter @tianchua sebentar tadi.

"Menurut anggota polis, kami sekarang menuju ke Pusat Tahanan Jinjang & ditunggui pegawai siasatan di situ. #KitaLawan," tulis ahli Parlimen Batu itu lagi.

Chua seharusnya mengetuai perarakan #KitaLawan hari ini dari Dataran Merdeka ke kompleks Sogo diminta ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi malam tadi.

Polis menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi di Pulau Pinang.

Petang semalam, polis menahan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan kerana kenyataan dikeluarkannya menggesa ahli parti keluar beramai-ramai menyertai perhimpunan #KitaLawan.

Turut ditahan malam tadi, aktivis Hishamuddin Rais selepas sebaik sahaja tiba di Dataran Merdeka untuk menghadiri program terakhir menjelang perhimpunan #KitaLawan.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata beliau melihat Hishamuddin “diculik” 4 lelaki memakai pakaian biasa dan ditolak ke dalam sebuah kenderaan yang kemudian berlalu pergi dengan laju.

Hishamuddin kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebelum dihantar ke Lokap Berpusat Jinjang di Kuala Lumpur lapor The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails