Tuesday, March 31, 2015

Siapa pulak yang mengaku sebagai Pengerusi DAP Kedah ni?


Laporan dari BERNAMA mengatakan individu yang bernama Tan Yen Chai adalah Pengerusi DAP Kedah, oleh kerana beliau menghentam Guan Eng maka laporan dari BERNAMA itu banyak disiarkan dalam blog-blog Pro UMNO.

Beliau dilaporkan berkata, Malaysia mengamalkan demokrasi sekaligus PAS berhak mengemukakan usul itu di Dewan Rakyat.

“DAP kena kalau betul-betul nak tolak hudud, tolak dalam Parlimen melalui undi barulah demokrasi,” katanya..

Tapi sebenarnya dia tu tidak pernah dilantik mewakili DAP di peringkat negeri Kedah itu.

Baca nih..

KUALA LUMPUR, 29 MAC: DAP hari ini meminta pihak media untuk tidak lagi melaporkan pandangan Tan Yen Chai sebagai mewakili DAP Kedah kerana beliau tidak pernah dilantik mewakili parti di peringkat negeri itu.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook menegaskan, Tan tidak pernah dilantik sebagai Pengerusi DAP Kedah dan semua individu yang mendakwa dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa di bawah kepimpinannya adalah tidak sah sama sekali.

“Jawatankuasa Kuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tidak pernah mengiktiraf kedudukan kumpulan ini.

“Pengerusi DAP Kedah ketika ini ialah ADUN Derga Tan Kok Yew.

“Justeri itu, laporan Bernama semalam adalah tidak benar dan mengelirukan kerana ia langsung tidak mewakili pendirian DAP Kedah,” katanya dalam satu kenyataan.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian merujuk kepada laporan Bernama semalam yang bertajuk ‘Kedah DAP slams Guan Eng for cutting ties with Hadi’.

Berdasarkan laporan tersebut, Tan yang mendakwa dirinya sebagai Pengerusi DAP Kedah telah mengadakan satu sidang media di Alor Setar untuk mengkritik pucuk pimpinan pusat parti kerana memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tan mendakwa keputusan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memutuskan kerjasama dengan Hadi sebagai tidak demokratik. -Roketkini.com



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails