Friday, March 6, 2015

Rasuah politik, Tekanan agama dan Diskriminasi punca Profesional Malaysia hijrah lapr The Edge


Bebas daripada politik menyesakkan nampaknya semakin menjadi keutamaan di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di Australia, menurut laporan The Edge Review dalam edisi semasanya hari ini. 

Sejumlah besar daripada mereka merupakan profesional, yang disifatkan Bank Dunia pada 2011 sebagai satu "penghijrahan bakat". 

Ia juga memberi amaran perkembangan itu akan menjadi cabaran kepada hasrat Malaysia merealisasikan wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata akhbar digital mingguan itu.

Australia juga negara pilihan pertama 18% daripada profesional Malaysia yang berhijrah ke luar negara, kedua selepas Singapura, menurut satu laporan Institut Pulau Pinang pada tahun lepas.

Walaupun penghijrahan rakyat Malaysia ke Australia bukan perkara baru, The Edge Review berkata, politik semakin menjadi faktor utama menggalakkan ia terus berlaku.

Ia memetik pengarah urusan Konnecting - sebuah firma pengambilan pekerja migran mahir berpengkalan di Sydney - Fred Molloy yang berkata:

"Pemohon juga kecewa dengan rasuah politik, tekanan agama dan diskriminasi terhadap kumpulan minoriti yang terjadi di negara mereka."

Sebaliknya, "kebebasan politik, kebebasan bersuara dan pendidikan berkualiti di Australia nampak lebih menarik", tulis The Edge Review dalam artikel bertajuk "Mengapa rakyat Malaysia suka peraturan Aussie".

Dalam satu temu bual dengan seorang warga Malaysia di sana, pelajar keturunan Cina bernama Andrew berkata penggunaan Akta Hasutan oleh Putrajaya bagi menutup mulut pengkritik dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dianggap isyarat Malaysia tidak mengalu-alukan mereka yang berfikir dengan cara berbeza.

"Salah satu perkara paling besar di Australia ialah kebebasan bersuara. Kami tidak ada masalah jika menyuarakan pendapat di sini, tetapi kerajaan Malaysia akan menghukum kamu mengikut undang-undang tidak masuk akal kalau kamu katakan sesuatu bertentangan dengan mereka," beliau dipetik sebagai berkata.

Kaum etnik Cina Malaysia sudah lama mendominasi penduduk kelahiran Malaysia di Australia - seramai 154,000 pada 2014, menurut Biro Data Australia, lapor The Edge Review.

Ini meletakkan Malaysia di tempat ketiga di kalangan negara Asia Tenggara selepas Filipina dan Vietnam.

Tetapi, terdapat juga laporan baharu menyatakan semakin ramai orang Melayu Islam juga meninggalkan Malaysia "kerana hendak lari daripada peralihan ke arah fundamentalisme Islam" di negara ini, kata laporan itu.

Laporan penuh silalah ihat di SINI


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails