Tuesday, March 31, 2015

Pembelian panik bukti rakyat dah tak percaya auta Menteri..


Nanyang Siangpau melaporkan jualan untuk pelbagai jenis barang runcit, peralatan rumah dan barangan kemas telah meningkat mendadak.

Peralatan elektrik pula mencatatkan peningkatan jualan paling memberangsangkan iaitu antara 50 hingga 70 peratus menjelang pelaksanaan GST pada 1 April.

Presiden Persatuan Peniaga Peralatan Elektrik Rumah, Wang Lian Fa (nama mengikut sistem pinyin) memberitahu, ramai pengguna didapati 'panik' dengan GST dan membeli secara pukal sebelum cukai itu dilaksanakan.

"Rakan peniaga telah memaklumkan bahawa jualan barangan elektrik telah meningkat antara 50 hingga 70 peratus.

"Daripada pelbagai jenis barang elektrik yang ada, pendingin udara telah mencatatkan peningkatan jualan paling tinggi," katanya kepada Nanyang Siangpau.

Presiden Persatuan Eksport dan Import Makanan Kering Malaysia, Datuk Chuah Poh Khiang pula berkata, pihaknya menerima laporan daripada peniaga di Sabah dan Sarawak bahawa jualan telah meningkat.

Ditanya kemungkinan kenaikan harga berlaku selepas GST, Poh Khiang berkata, kenaikan harga sukar dielakkan tetapi keadaan itu tidak semestinya didorong oleh GST.

"Harga dipengaruhi kadar pertukaran asing, kos pengeluaran dan sebab lain," katanya. Sementara itu, jurucakap persatuan yang mewakili peniaga barangan kemas mengakui jualan meningkat 30 peratus sementara jurucakap persatuan peniaga perabot memberitahu jualan naik antara 20 hingga 25 peratus kebelakangan ini.

"Fenomena ini biasa kerana perabot seperti sofa bukannya murah, pengguna boleh menjimatkan RM60 ketika membeli perabot bernilai RM1,000.

"Namun begitu, kami menjangkakan satu tempoh dingin dan penurunan jualan selepas pelaksanaan GST," kata jurucakap yang mewakili persatuan perabot ~ MalaysiaGazette


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails