Monday, March 30, 2015

MKN dakwa kelemahan urus banjir berpunca dari Kerajaan Negeri Kelantan...


Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendakwa punca kelemahan mengurus banjir di Kelantan adalah kerana tiadanya kerjasama daripada kerajaan negeri.

Demikian kata pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Katanya, kelemahan tersebut telah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semasa sesi pendengaran hari..

“MKN turut mengakui ada kelemahan dari pihak mereka dalam menguruskan banjir kali ini memandangkan bencana yang dihadapi negeri-negeri pantai timur khususnya Kelantan adalah luar biasa.

“Sebelum ini kerjasama MKN dengan kerajaan negeri bila berdepan dengan banjir tidak jadi masalah sehingga pada tahun lepas ia terputus menjejaskan kordinasi kerajaan pusat dan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, PAC turut membuat pengumuman untuk memanggil MKN dan Kementerian Kewangan berikutan peruntukan RM800 juta kepada mangsa banjir seperti yang diumum Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Peruntukan itu membabitkan bekalan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa yang terlibat.

Banjir kali ini melanda beberapa buah negeri, khususnya di Pantai Timur, antara yang terburuk dalam sejarah dan hampir 200,000 orang menjadi mangsa.

Menyentuh mengenai pengurusan belanjawan bagi mangsa banjir, Nur Jazlan menafikan wujudnya penyelewengan.

“Tidak ada penyelewengan yang berlaku, kerana setiap peruntukkan wang ihsan banjir dipantau oleh jabatan audit dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya lapor Free Malaysia Today

.. Yang nak baca punca sebenar banjir besar di Kelantan tu.. bacalah kat SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails