Monday, March 23, 2015

KTM rugi RM200 juta setahun..


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mahu tambang perkhidmatannya dinaikkan kerana selama beberapa tahun telah menanggung kerugian mencecah RM200 juta setahun berikutan peningkatan kos operasi.

Pengerusinya, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, walaupun kerugian itu mendapat suntikan duit daripada kerajaan, tetapi KTMB mahu mengambil langkah untuk berdiri sendiri tanpa terus mengharapkan bantuan kerajaan.

“Kos kami tinggi seperti elektrik, minyak, gaji pekerja dan penyelenggaraan naik setiap tahun. Oleh itu, setiap tahun nak minta sedekah daripada kerajaan RM200 juta. Sampai bila kita nak minta, kita kena ada satu daya usaha untuk jadikan syarikat ini boleh berdiri di atas kaki sendiri.

“Sebab itu saya kata banyak sebab berlaku kerugian dan sebab utama adalah kerana kos. Kos operasi kita lebih tinggi daripada pendapatan kita kerana sejak 2003, tambang kepada penumpang tidak dinaikkan,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, kata Nawawi, pihak KTMB bukan bertujuan menaikkan harga tiket kerana mahukan keuntungan semata-mata.

Katanya, KTMB telah mendesak kenaikan tersebut dari beberapa tahun lalu, tetapi sering kali ditangguh kerana faktor lain lapor Sinar Harian


Errr.. Nawawi Ahmad tu Ahli Parlimen BN kan?. maka tak hairanlah..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails