Friday, March 6, 2015

#KitaLawan: Guan Eng minta ADUN jangan tinggal Kawasan..


Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan semua wakil rakyatnya berada di kawasan masing-masing esok, sekali gus tidak menyertai perhimpunan kemuncak #KitaLawan dijadual di depan kompleks beli-belah Sogo di Kuala Lumpur.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat perlu berada di kawasan masing-masing untuk majlis Program Penghargaan Warga Emas.

Katanya, perhimpunan #KitaLawan hanya dianjurkan sayap Pemuda, dan oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau harus memberi keutamaan kepada projek rakyat.

"Kami kerajaan yang bertanggungjawab dan esok merupakan pelancaran Program Penghargaan Warga Emas di semua kawasan. Semua wakil rakyat diarah berada di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah skim perumahan awam dan mampu milik di Jalan SP Chelliah di George Town, hari ini.

Lim berkata beliau sendiri mempunyai program di kawasannya di Air Putih pagi esok dan tidak akan menghadiri perhimpunan di Kuala Lumpur anjuran PKR bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

Pada 27 Februari lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu lapor The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails