Sunday, March 8, 2015

#KitaLawan: Demo syok sendiri, Tak bertamaddun, Menyusahkan orang kata Macai


Perhimpunan kemuncak #KitaLawan yang berlangsung di ibu negara petang tadi tidak ubah seperti himpunan 'syok sendiri' dan hanya menyusahkan orang ramai untuk bersantai pada hujung minggu.

Perhimpunan itu menyebabkan lalu lintas menghala ke ibu kota sesak teruk.

Rata-rata pengguna media sosial menyuarakan rasa tidak puas hati mereka yang terpaksa berhujung minggu dengan situasi yang tidak menyenangkan itu.

Seorang pengguna twitter dengan tanda nama ‏@cinta4malaysia berkata "Kurang sambutan #KitaLawan menunjukkan lebih ramai rakyat tolak himpunan #syoksendiri ini".

Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang dalam tweetnya @tankengliang berkata "There are 30 million Malaysians. Those few thousand at PKR #KitaLawan demo don't represent our country. Not even 0.01 percent. Stop causing chaos!"

(Terdapat 30 juta rakyat Malaysia. Beberapa ribu di demonstrasi PKR#KitaLawan tidak mewakili negara kita. Tidak sampai 0.01 peratus. Hentikan huru-hara!).

Pengguna twitter @hisyamnawi pula berkata "Demonstrasi jalanan seperti tak ada tamadun. Negara dah maju. Otak masih zaman batu #KitaLawan".

Pengguna @amirulruslan dalam twitnya berkata "What are people saying the #KitaLawan rally numbers are? 10k? In all honesty I'd say it's closer to 3k-5k - if even that" (Apa yang orang kata tentang bilangan yang hadir dalam perhimpunan #KitaLawan? 10k? Secara jujur saya kata ia hampir 3k-5k).

Bagi ‏@theasyrafzabani pula, beliau berkata "Daripada #KitaLawan entah siapa di Sogo tu, baik #KitaLawan kebebalan diri sendiri yang tak sudah-sudah menjadikan diri alat kepada parti politik".

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata perhimpunan 'syok sendiri' yang diadakan oleh Parti Keadilan Rakyat itu tidak membawa apa-apa makna dan impak kepada kerajaan.

"Ini semua cerita dongeng mereka. Rakyat mahu ke hadapan dan rata-rata sudah fed-up (bosan) dengan permainan kepentingan PKR semata-mata," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati kira-kira 3,000 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berarak di sekitar ibu kota di tiga kawasan iaitu Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibu Pejabat PAS di sini dan bertemu di kompleks membeli-belah Sogo bermula 3 petang tadi.

Kira-kira 3.45 petang ketiga-tiga kumpulan itu bertemu dan berkumpul di hadapan kompleks itu. Turut serta dalam perhimpunan tersebut Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Perhimpunan itu bagi melahirkan sokongan kepada Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara akibat kesalahan meliwat.

Anggota polis turut bertugas mengawal keadaan. Kumpulan itu kemudiannya mula bersurai 6.30 petang ini.

Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari pada 26 Jun, 2008. - Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails