Saturday, March 7, 2015

#KitaLawan: 10,000 hadir dan berakhir di KLCC


Pergerakan #KitaLawan oleh Pemuda PKR tetap diteruskan dengan perarakan mega di Kuala Lumpur petang ini bagi mendesak kebebasan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun pihak polis memberi amaran agar ia dibatalkan.

Anwar, pemimpin pembangkang, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas sabitan liwat terhadapnya dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari. Beliau sebelum ini tidak berjaya merayu terhadap sabitan itu di Mahkamah Rayuan.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Pihak penganjur perhimpunan juga berkata demonstrasi itu turut bertujuan menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di atas kegagalannya menguruskan ekonomi dan isu-isu nasional lain.

Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai protes jalanan hari ini yang akan bermula pada jam 3 petang dari tiga lokasi – Pasar Seni, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut – sebelum berarak dan berkumpul di luar pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Polis berkata, perhimpunan tersebut boleh diteruskan dengan syarat ia diadakan di stadium tetapi penganjur #KitaLawan menolaknya dan memilih melakukannya di jalanan.

Polis juga mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram, dengan alasan PKR tidak mengemukakan notis lebih awal bagi perhimpunan tersebut.

Peguam, bagaimanapun berkata Akta Perhimpunan Aman 2012 yang mengawal perhimpunan, tidak boleh digunakan untuk menjadikan perhimpunan itu sebagai perbuatan jenayah, berdasarkan keputusan penting Mahkamah Rayuan pada tahun lepas yang mengekalkan hak untuk perhimpunan aman.


Sila sambung bacaan anda di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails