Monday, March 16, 2015

Kekayaan Najib dikatakan diwarisi dari bapanya.. Kekayaan anak-anak Mahathir pula dari mana datangnya?


Dah jadi macam kisah klasik 'Pencuri jerit Pencuri' nampaknya serangan Tun Mahathir terhadap Najib.. hampir sama cara mereka berdua membina harta untuk keluarga.. cuma yang berbeza ialah jumlahnya..

Dr Mahathir Mohamad 13 Mac lalu meneruskan kritikan pedasnya pada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan keluarga perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu mempersoalkan kekayaan keluarga Najib, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat.

Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.

"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil dari perniagaan?

"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?

"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza [...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.

"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya..

Pokoknya kalau kekayaan Najib dipersoalkan Mahathir.. dari mana pula datangnya kekayaan anak-anak Mahathir?

Baca petikan dari Facebook - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ni..

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah mengisytiharkan perseturuannya dengan Kerajaan Malaysia di dalam blog beliau, chedet.cc, dengan pelbagai serangan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri ketika ini Datuk Seri Najib Razak. Beliau telah mengeluarkan 29 hujah dalam posting terbaru beliau.

Walaupun beliau merasakan beliau tidak salah untuk mengemukakan banyak soalan berdasarkan kepada apa yang orag ramai sifatkan sebagai rundingan kabur oleh 1MDB dan Najib, mungkin juga inilah masanya untuk beliau menjawap semua pertuduhan korupsi terhadap dirinya sendiri.

Dr M harus bermula dengan membalas salah satu pengkritik beliau - George Soros - yang telah menggariskan satu senarai yang sangat panjang salah laku bekas PM itu dalam artikel yang disiarkan dalam The Bangkok Post pada tahun 2012.

Soros telah memberikan pandangannya tentang Dr M dengan sejelas-jelasnya.

“3 orang anak kamu bernilai hampir 8 billion Dolar Amerika. Dari mana mereka dapat wang sebanyak ini? Sudah tentu melalui korupsi.”

“Kamu dikenali sebagai Marcos Malaysia, hanya memperkayakan diri kamu sendiri dengan berbillion-billion kekayaan.”

"Anda mempunyai kebodohan yang lebih daripada kebanyakan orang akan percaya. Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina Menara Berkembar Petronas, bangunan yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab.”

“Bagaimana pula dengan tambakan laut di 10 buah pulau di Kedah? Sangat mengarut dan bodoh. Sudah tentu, keuntungan kamu adalah 20%.”

“Dan jambatan merentasi Melaka ke Sumatra yang menyeberangi perairan antarabangsa? Mengapa tidak bina jambatan ke bulan? Saya yakin kamu tetap akan dapat 20% milik kamu itu.”

“Kamu panggil saya dungu. Bagaimana seorang dungu boleh membuat begitu banyak duit? Dengan membenarkan jualan-singkat dan pinjaman jutaan saham daripada bank-bank kamu, kami pengurus dana membuat jutaan duit hasil daripada ketiadaan pengalaman kamu dan juga peraturan yang lemah.”

“Kamu telah kehilangan semua wang milik Malaysia, oleh itu kamulah sebenarnya dungu.”

Dan kemudiannya muncul pula Barry Wain, Bekas editor Asian Wall Street Journal dan Penulis Residen di Institut Pengajian Asia Tenggara di Singapura.

Jurnalis Australia, yang telah tinggal di Asia selama 40 tahun itu, menulis di dalam bukunya Malaysian Maverik : Mahathir Mohamad in Turbulent Times pada tahun 2009 menyatakan bahawa Dr M telah membazirkan RM 100 billion semasa tempoh beliau menjadi Perdana Menteri.

Barry Wain menulis sebahagian besar penipuan, melibatkan cubaan Kerajaan untuk memanipulasi harga timah dunia dan perjudian oleh Bank Negara dalam pasaran matawang global, yang berlaku pada 1980-an.

Barry Wain juga menulis Dr M menggunakan dana rahsia UMNO untuk menjadikan parti itu sebagai sebuah konglomerat dengan pelaburan yang menjangkau hampir keseluruhan ekonomi.

Semua ini merupakan tuduhan yang serius dan perlu dijawap oleh Dr M, yang sehingga kini hanya sekadar menepis tuduhan ini dengan penafian kosong.

Memandangkan beliau menjangkakan pentadbiran sekarang ini untuk membersihkan semua tuduhan dengan memberikan jawapan terperinci akan apa yang berlaku kepada 1MDB, adakah Dr M juga bersedia untuk melakukan perkara yang sama terhadap semua pertuduhan terhadapnya yang masih belum diperjelaskan.

Apa bezanya kedua-dua pemimpin UMNO ini?.. sama saja..

* Buat yang tertanya-tanya kenapa Blog ASD yang tak seberapa ni jarang update kebelakangan ini.. jawapannya ada di SINI


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails