Monday, March 16, 2015

Isu Jet: Khairy tak tahu apa, Lokman Noor Adam pulak lebih-lebih..


Menarik ni.. yang berada dalam Kabinet Najib sendiri menyerlahkan beliau langsung tak tahu menahu tentang Jet yang baru dibeli oleh Pentadbiran Najib.. tapi yang langsung tak ada kena mengena dengan Kabinet Najib pulak yang lebih-lebih..

Baca petikan dari Astro Awani ni..

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan segera menafikan dakwaan pembelian jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitter, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mahu khabar angin itu dinafikan segera sebelum ia menjadi fakta dan diperkatakan masyarakat.
 
"Jika jet baru kerajaan ini tidak ada, nafikan segera sebelum khabar angin menjadi kenyataan, penjelasan segera diperlukan," katanya di laman berkenaan.

Khairy tu Menteri dalam kabinet Najib.. tapi kenyataannya itu menunjukkan beliau langsung tak tahu menahu tentang pembelian Jet itu..

Mamat ni pulak hanyalah salah seorang dari Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tapi menjawab mengalahkan Pegawai Khas Najib pulak..

KUALA LUMPUR: Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia merupakan pembelian jet Kerajaan dan bukan jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. 
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Noor Adam berkata, jet tersebut dibeli untuk kegunaan kenamaan negara bagi menggantikan Jet Boeing Kelas Perniagaan (BBJ) yang sudah uzur dan tidak sesuai lagi untuk digunakan. 
"Jet lama sudah berusia dan kurang sesuai lagi untuk membawa kenamaan negara. 
"BBJ itu biasanya digunakan oleh Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Sultan-Sultan dan kenamaan lain yang layak. 
"Najib hanya akan gunakan BBJ jika jet yang selalu digunakan iaitu ACJ 319 rosak atau sedang diselenggara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 
Lokman mengulas pendedahan Rafizi Ramli tentang pembelian sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Najib. 
Di dalam sebuah portal, Rafizi mendakwa, jet yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd. itu merupakan jet peribadi baru yang didaftarkan di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia. 
Rafizi turut mendakwa, dalam kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 telah memaklumkan kerajaan memiliki lima jet peribadi termasuklah Boeing Business Jet. 
Dalam pada itu kata Lokman, hanya dua daripada lima jet milik Kerajaan yang kini masih berfungsi dengan baik. 
"Semasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, dia bergerak pun naik jet juga. 
"Takkan Rafizi sekarang hendak suruh Agong, Najib dan semua kenamaan negara bergerak naik tongkang pula?" jelasnya. 
Tegas Lokman, Rafizi juga dinasihatkan untuk menumpukan kepada rakyat terhadap demonstrasi 'Kita Lawan' yang masih diteruskan untuk menafikan Anwar seorang peliwat sedangkan pelbagai fakta sudah didedahkan sekali gus tidak memihak kepada mereka. 
"Kedua-dua Ketua Peguam bela Anwar, Karpal Singh dan Gopal Sri Ram, telahpun mengaku dalam prosiding mahkamah bahawa Anwar memang telah meliwat Saiful secara 'Suka Sama Suka'. 
"Peguam Anwar, Sangkaran Nair dalam prosiding mahkamah juga mengakui bahawa sperma yang dijumpai empat sentimeter dalam rektum Saiful adalah milik Anwar. Jadi bagaimana ia boleh ada di sana?, cukuplah mempermainkan rakyat," katanya lapor Astro Awani


Setakat itu sajalah cara macai berfikir.. nak bodek punya pasal.. apa Najib buat semuanya boleh..

Yang dipersoalkan dalam isu jet ini ialah isu pembaziran.. tapi macai hanya berfikir mengenai isu liwat yang tak sudah-sudah biarpun Anwar dah dipenjara..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails