Friday, March 27, 2015

Gara-gara gelar Jamil Khir 'Bacul'.. Mahfuz kena halau keluar Dewan..


Ketua Penerangan PAS diminta meninggalkan Dewan Rakyat selepas enggan duduk dan terus mendesak Jamil walaupun menteri berkenaan sudah menjelaskan tidak dapat menyatakan pendirian mengenainya kerana belum melihat rang undang-undang yang berkenaan.

"Bagaimana kerajaan mahu nyatakan pendirian, rang undang-undang yang dibawa PAS pun masih belum lihat lagi," kata Jamil, merujuk kepada rang undang-undang persendirian yang dijangka dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mahfuz kemudiannya gagal mengawal perasaannya apabila Jamil mendedahkan kerajaan tidak pernah membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 ke Majlis Raja-Raja untuk diluluskan.

Menurut Mahfuz, pindaan kepada akta tersebut, yang diperlukan bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan, sepatutnya dibawa kerajaan semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 11 dan 12 Mac lalu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) serta disokong semua Adun termasuk dari Umno.

Jika Majlis Raja-raja meluluskan pindaan itu, Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.

Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.

Langkah Hadi, yang juga ahli Parlimen Marang, membawa bil persendirian ke Parlimen juga dikatakan kerana tidak mendapat restu daripada Majlis Raja-Raja untuk ia dilaksanakan.

Mahfuz  mendakwa Putrajaya menipu dalam isu hudud walaupun pada awalnya dikatakan menyokong undang-undang Islam tersebut.

Nampak??.. mudahnya umpan Najib dimakan...

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar hari ini direhatkan sehingga Isnin hadapan oleh Dewan Rakyat selepas menimbulkan kekecohan dengan mengingkari arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Tindakan itu diambil selepas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mengingkari arahan Yang di Pertua mengikut Peraturan 46 dan 47.

“Apa yang saya ingin katakan di sini, pertama Mahfuz tidak mengendahkan teguran untuk duduk dan diam. Walaupun sudah berkali-kali diminta untuk berbuat demikian.

“Kedua, apa yang saya dengar, Mahfuz telah mengatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir seorang yang ‘bacul’,” katanya di dalam Dewan Rakyat.

Kekecohan itu timbul apabila Mahfuz meminta Jamil Khir menyatakan pendirian sama ada menyokong atau sebaliknya kepada notis Rang Undang-undang Persendirian (RUU) mengenai hukum Hudud di Kelantan.

Susulan kegagalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengawal dan mententeramkan persidangan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut menafikan dakwaan bahawa pihaknya ada menerima RUU hukum Hudud di Kelantan.

Selepas pengumuman itu, Mahfuz yang keluar dari Dewan Rakyat tampil mempersoalkan mengapa pindaan akta 355 tidak dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja walaupun telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah yang dianggotai oleh Kerajaan Pusat dan Negeri.

“Sekiranya pindaan ini dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja baru-baru ini, ia akan memberi peluang pelaksanaan Hudud di Kelantan. Tetapi nampaknya, ia tidak dibawa,” katanya lapor Free Malaysia Today

Nak kata apa lagi?.. mudah saja PAS dipermainkan BN...


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails