Thursday, March 5, 2015

Dr Dzulkefly ditumbuk di muka dan dahi.


Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad telah diserang oleh individu yang tidak dikenali sewaktu pulang daripada solat subuh pagi ini.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dalam satu catatan Facebook berkata Dzulkefly telah ditumbuk di muka dan dahi.

Sebelum beredar, katanya, penyerang itu bertanya Dr Dzulkefly 'kenapa kurang ajar sangat'.

Suhaizan berkata Pemuda PAS melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan tidak menolak ia satu provokasi terhadap pemimpin PAS untuk mewujudkan perpecahan lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails